Thursday, July 22, 2010

Seminar Dwi-Mingguan di MARDI

Pada 30hb Julai 2010 giliran ku memberi satu seminar di MARDI. Seminar ini diadakan 2 minggu sekali secara terbuka-ini bermakna semua orang boleh datang mendengarnya.Ia diadakan di Bilik Mesyuarat Direktorat, Ibu Pejabat. Biasanya hanya 20-30 orang akan datang mendengar; tengok topik apa yang dibentangkan. Tujuan seminar diadakan ialah untuk memberitahu apa apa penyelidikan yang dijalankan, perkembangannya serta dapat bertukar tukar fikiran sesama penyelidik.Budaya ilmu sangat penting kerana banyak idea yang ditimbulkan.
Tajuk seminar saya ialah "Dragon Fruit Cultivation in Malaysia:It is  At A Crossroad?". Satu tajuk hangat berkaitan dengan penanaman buah naga di Malaysia. Blog saya yang lebih khusus ialah di http://reddragonfruits.blogspot.com/. Saya seronok menulis di blog tersebut kerana blog ini telah mencapai hampir 20,000 (20K) pelawat dari seluruh dunia.

Saya tidak pandai nak bermadah atau membuat berpuisi tetapi boleh buat pantun sempoi;

"Ikan puyu atas pangkin; Thank you see you again";
Ada galah ada hanfon, ada salah harap ampun"

Thursday, July 8, 2010

Sikap Lurus dan Telus

Sebagai seorang pengurus kita mesti lurus dan telus. Ini lah sikap yang mesti diambil oleh setiap pengurus serta pentadbir supaya kerja kerja yang di arahkan itu tiada kepentingan diri atau 'self -interest'. Saya mempunyai pengambilan staf staf baru untuk masuk kerja,  Ada ketikanya seseorang itu mendapat sokongan yang kuat atau 'cable' untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan.Prinsip saya ialah sekiranya seseorang itu layak dan berpuas hati barulah kita boleh memperakukan nya. Kalau tidak ...
Kita mestilah memberikan sesuatu itu  kepada yang berkelayakan bukannya dari sokongan atau tekanan.Sekiranya kita memperakukan orang yang tidak layak, kesannya sangat lama . Contohnya seseorang pekerja tidak layak diambil bekerja disebabkan oleh tekanan atau sokongan orang teretentu, maka organisasi akan menanggung orang ini sehingga 30 tahun!. Bayangkan... Kita sebagai ketua akan ditanya diakhirat nya kenapa tidak mengambil orang yang lebih layak.

Jadi saya sentiasa bepegang teguh kepada telus dan lurus. Biarlah orang berkata itu ini, tetapi prinsip tetap prinsip.  

0 comments:

Post a Comment