Friday, July 24, 2009

Poster

Ini adalah poster stesen di mana saya bekerja. Poster ini adalah poster pertama stesen ini yang menceritakan serba sedikit kegiatan aktiviti yang di jalankan. Saya berhasrat untuk memperbanyakkan lagi poster poster berkaitan unit unit yang ada.

Saturday, July 18, 2009

Teks Ucapan Perhimpunan Bulanan

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI.(20hb Julai 2009)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang di Muliakan Pengarah Pusat

Timbalan Pengurus Stesen

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

PENDAHULUAN

1. Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita semua sekali lagi berkumpul di dewan ini untuk bersama-sama menjayakan Perhimpunan Stesen MARDI Ibu Pejabat buat buat kali pertama bagi tahun 2009.

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada hari ini.

3. Saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat serta menyampaikan arahan terkini serta membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan kita yang perlu kita di laksanakan dan dijayakan.

4.Ketua Pengarah dalam amanat nya telah mengucapkan setinggi terima kasih kepada stesen dan kakitangan yang terlibat sempena Hari Teknologi Tanaman dan Sukan MOA.

4.Seperti mana yang kita maklum konsep Satu Malaysia ia itu Rakyat di Dahulukan; Prestasi Di Utamakan pihak MARDI telah mengguna pakai konsep ini dipraktikkan di MARDI bagi mengukuhkan semangat kerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan; tidak kira kategori, tidak kira bangsa. Melalui pendekatan ini telah pun diterapkan dalam budaya kerja kita. Walaubagaimanapun, ianya masih perlu dipertingkatkan bagi mengukuhkan lagi kerjasama di antara warga MARDI daripada berbagai disiplin dan kategori dengan semangat Satu MARDI. Saya percaya dengan semangat Satu MARDI, ianya akan membentuk satu budaya kerja yang cemerlang dan mengukuhkan di peringkat stesen mahu pun di peringkat MARDI supaya menjadi sebuah institusi yang komprehensif serta kompeten.

PENERAPAN NILAI INTEGRITI DALAM BUDAYA DI STESEN

5. Penerapan nilai-nilai murni perlu diamalkan oleh semua warga MARDI termasuk di stesen dalam membentuk suasana kerja yang lebih mesra, aman dan teratur.

6.Pihak Pengurusan Stesen mendapati masih lagi mempunyai kes salah laku atau disiplin yang melibatkan semua samada daripada kumpulan sokongan I mahupun sokongan II . Bagi mengatasi masalah disiplin ini, satu unit kaunseling telah ditubuhkan di Bahagian Sumber Manusia yang akan membantu para pegawai mahupun kakitangan MARDI yang mempunyai masalah disiplin ini. Unit ini akan membantu memberi nasihat serta mengatasi masalah sekiranya perlu. Bagi kes permasalahan disiplin di tahap yang serius, akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin.

7. Di sini saya menyeru kepada semua bentukkan jati diri anda, terapkan nilai-nilai murni serta integriti dan berdisiplin dalam diri masing-masing. Ianya perlu kerana dengan nilai-nilai tersebut, kita dapat menghasilkan hasil kerja yang lebih cemerlang dan dapat dicontohi oleh para pelapis
kita pada masa akan datang.

8. Antara usaha-usaha yang membantu kita semua memahami nilai integriti ini adalah melalui program-program keislaman dan modal insan cemerlang yang kebanyakan nya dianjurkan oleh NGO MARDI, seperti PKKIM, PKKM, BKSM, KEKAM dan PUSPANITA. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada persatuan-persatuan tersebut yang telah membantu pengurusan MARDI menyediakan program-program yang dapat dimanfaatkan oleh warga MARDI. Diharap lebih ramai warga MARDI dapat menyertai program-program yang dianjurkan oleh NGO MARDI.

9. Adalah menjadi harapan saya, agar kita warga SIMP sama-sama menyahut cabaran perubahan dan bersedia untuk berubah dengan mengamalkan prinsip integriti ini. Perkara yang paling mudah yang kita dapat lakukan adalah setiap kali keluar bekerja mulakan niat yang baik, emosi yang ceria, perawakan yang menarik, merancang kerja dan tidak bertangguh, sentiasa proaktif dan menghargai kebaikan serta menjauhi perkara negatif.

10.Penjawat awam yang berminda kelas pertama juga dapat menghasilkan kerja yang bermutu, lantas meningkatkan produktiviti. Sebagai contoh, pekerja yang peka dan prihatin dengan tugasan hariannya, perlu memikirkan cara yang lebih baik untuk melaksanakan tugas mereka, ibarat seorang seniman yang menggubah lagu penuh dengan keasyikan demi mencipta lirik dan
melodi yang puitis.

ISU ISU SEMASA

11.Waktu bekerja

Pihak pengurusan MARDI telah mengeluarkan arahan bahawa kelongaran waktu rehat ialah 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. Adalah didapati ramai kakitangan masih berada dikantin. Begitu juga pada petang, ramai yang masi lewat masuk bekerja mengambil anak sekolah dan ada yang keluar waktu pejabat tanpa kebenaran staf atasan Pihak pengurusan memandang serius perkara ini . Ada kes kemalangan diluar stesen semasa waktu pejabat. Pihak stesen sekali lagi tidak bertanggung jawab sekiranya apa-apa kemalangan atau musibah berlaku diluar pejabat tanpa kebenaran. Sekiranya ada apa-apa masalah datang berjumpa dengan staf atau kakitangan pengurusan atau pentadbiran.

12.Disiplin kakitangan

Adalah didapati terutamnya kes beban hutang yang tinggi (20%) di kalangan kakitangan SIMP. Kes ini adalah yang paling tinggi sekali diantara stesen stesen yang ada di MARDI. Saya bukan hendak menghalang tuan/puan berhutang, tetapi jangan berhutang terlalu banyak. Ikut kemampuan sendiri. – Ukur baju dibadan sendiri Kita tidak mahu kakitangan terlibat dengan ah long. Utamakanlah keperluan kita. Saya percaya tuan/puan disini boleh buat kerja sendiri dihujung minggu dan sebagainya. Jangan lah tertipu dengan skim cepat kaya dan terjebak dengan SMS atau apa jua bentuk pelabaran haram Janganlah kita sekali kali terpedaya.

13.Pakaian Seragam

Adalah dimaklumkan satu mesyuarat telah diadakan berkaitan pakaian seragam.Pakaian seragam ini membawa imej MARDI. Seperti mana yang diputuskan mereka yang layak ialah Pemandu Kenderaan Salun,Pemadu bas,pemandu trektor,pembantu am pejabat, pegawai keselamatan,tukang, mekanik dan pembantu penerbitan. Arahan terperinci akan dikeluarkan kemudian.

14.Pencapaian Tahap Kecekapan (PTK)

Pekeliling yang terbaru bahawa;

a.Seseorang yang telah memohon untuk menduduki PTK pada tahun itu tetapi tidak hadir tanpa sebab munasabab akan dikenalkan panelti dan tidak boleh mengambil PTK pada tahun yang berikutnya.

b.Seseorang yang telah mengambil PTK dan mendapat Aras 3 dalam mana mana bahagian hanya dibenarkan sekali sahaja untuk menduduki PTK pada tahun berikutnya.

c. Seseorang yang telah mengambil PTK dan mendapat Aras 1 atau 2 boleh mengambil didalam peperiksaan PTK pada tahu berikutnya.

d. Bagi kumpulan N11 akan dinaikan ke N14 dan setrerusnya ke N17 sekiranya layak seperti mendapat PTK 3 , bekerja 15 tahu n dan diperakukan oleh ketua jabatan.

Semua pekeliling ini akan dimaklum kepada tuan/puan dari masa kesemasa.

15.Larangan Merokok.

Pihak MARDI akan menguatkuasakan larangan merokok terutamanya ditempat dan bangunan awam.Papan tanda akan dipasdang di pintu pintu masuk. Saya berharap mereka yang hendak berhenti merokok eloklah berhenti.

16. Untuk Kakitangan Islam

Saya sebagai ketua disini ingin menyeru dan mengingatkan diri saya dan kepada semua kakitangan Islam agar menjalankan tanggung jawab dan amanah yang telah diberikan samada sebagai seorang Islam ataupun penjawat awam.

PENUTUP

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak demi menjulang nama baik kita.

Saya berharap tahun ini akan membawa lebih banyak kejayaan kepada kita semua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Isdrak Mikraj dan Selamat Berpuasa yang akan bermula 22 Ogos 2009 nanti.

Sekian.

Wabillahitaufiq, walhidayah wassalammualaiukum warahmatullah

hiwabarakatuh.


Back


Saturday, July 4, 2009

Hujung Bulan

Pada hujung bulan kebiasaanya anggota atau kakitangan awam akan dapat gaji. Selain itu mereka juga akan juga membuat tuntutan kerja lebih masa, tuntutan perjalananan dan sebagainya. Jadi kita akan banyak menghabiskan masa menanda tangani borang -borang untuk pengesahan selain dari borang borang yang lain seperti perolehan, surat maklumbalas, surat pekerja. Yang membinggungkan saya ialah tanda tangan saya kadang kadang berubah- ubah dan tidak berapa original maklumlah kena sign hampir 100 -200 atau lebih pengesahan yang berjumlah hampir RM 20-30K sebulan. Selepas tanda tangani borang baru tanda tangani cheque pula. Saya kena cari satu cara untuk atasi bagaimana hendak t/tangani borang borang dan check ini secara sama dan konsisten.

0 comments:

Post a Comment