Wednesday, October 7, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya

UCAPAN PENGURUS STESEN SEMPENA JAMUAN HARI RAYA (8hb Oktober 2009)

Assalamualikum wrt. Pengerusi Majlis; Yang di hormat Pengarah , Pusat Pengurusan Stesen, En Jamaludin bin Salim , Timbalan -Timbalan Pengarah, Timbalah Pengurus Stesen, dhif –dhif jemputan , Pegawai Penyelidik, Penolong-Penolong Pegawai Penyelidik seterusnya tuan/puan sekelian.

Pertama-tama sekali marilah kita merafak syukur kepada hadrat Allah kerana pada pagi ini kita sekali lagi dapat bersama didalam majlis yang penuh riang ria hari raya.Kehadiran tuan/puan pada pagi sangat besar ertinya dalam ertikata dapat memupuk kerjasama dan silaratulrahim diantara kita disini. Semangat kerjasama yang ditunjukan oleh tuan/puan dari semua unit sangat memberangsangkan. Alhamdullilah apa yang kita rancang dan hajatkan tercapai juga. Diharapkan tidak apa apa masalah hingga ke akhir majlis. Saya kira tuan/puan sejak 2-3 hari yang lepas bertungkus lumus hingga ke malam tadi bagi menyediakan menu-menu dan persiapan yang dirancangkan.

Tuan/puan;
Apa yang penting bagi kita jamuan hari raya ini bukan makanan yang diutamakan sangat. Tetapi lebih dari itu. Ia itu bermaaf-maafan diantara satu sama lain serta menperbaharui ikatan silaratul rahim diantara supaya kita dapat bekerjasa bersama sama didalam sebuah keluarga. Saya harap tidak kakitangan/pekerja disini tidak dendam mendendam diantara satu sama lain, mana mana yang tidak kena dihati itu cepat cepat minta maaf.

Baka kata orang

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Jauh dan dekat datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Tuan/puan;
Saya juga mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahniah kepada kakitangan kita yang mana telah dinaikkan pangkat baru baru baru ini secara Khas Untuk Penyandang (KUP) .Mereka yang dimaksudkan ialah Tn.Hj.Khairudin Pamuji, Pn. Habibah Sulaiman, En Norizan dan Pn. Adayu. Ramai lagi akan dinaikkan pangkat tidak lama lagi. Syabas diucapkan.
Disini juga seorang kakitangan kita ia itu En.Mohd Firdaus Othman akan berpindah ke stesen MARDI Muazam, Pahnag tidak lama lagi. Saya bagi pihak stesen mengucapkan terima kasih kerana sekian lama beliau telah bekerja di stesen dengan baik dan memuaskan. Saya mengucapkan selamat maju jaya disamping kerjaya nya.

Tuan/puan .
Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penyumbang-penyumbang kita samada persendirian, swasta atau lain-lain yang mana telah bermurah hati untuk menderma dan memberi sumbangan ikhlas kepada kita untuk menjayakan jamuan kita. Selain itu , saya sangat berterima kasih kepada AJK-AJK dan mereka yang telah menyumbang tenaga, duit serta fikiran dalam menjayakan aktiviti kita pada hari ini.

Sekali lagi, Segala sumbangan dari tuan/puan diucapkan berbanyak terima kasih. Insyallah pada tahun depan kalau ada ada rezeki, umur panjang dan sihat kita akn buat majlis seperti ini.
Tidak kurang juga dhif-dhif jemputan yang sudi datang untuk beraya dengan kita.Kita juga menjemput pihak atasan MARDI serta rakan-rakan kita dari pusat yang lain untuk bersama sama kita.Tak lupa juga kita menjemput bekas pengurus -pengurus stesen seperti Tuan Hj.Rahman Daud, Dr.Arif Omar, En Aziz, Dr.Yahya , dan lain-lain. Tidak kurang juga jemputan kita panjangkan kepada masyarakat sekeliliong kita seperti pihak Polis, Bomba dan Kesihatan.

Tuan/puan
Sekiranya ada apa apa yang tak kena dihati saya bagi pihak stesen menuntut berbanyak banyak kemaafan.

Jika ada terlepas pandang
Jika ada terlebih terkurang
Jika ada tersilap salah
Maaf jua kami pohonkan

Bak kate oghang Peghak

Sungei disusur sehaghi-haghi
Dalam gelap menangkap ikan
Teman menyusun sepuluh jarhi
Salah dan silap harap maafkan

Bak kato orang nogori sembilan....

Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok ilang dicari. Kok hanyut di pinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarlah nampak muko. Kok poei biarlah nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sejambak kato. Doghup bicaro, menghisik raso....
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin. Dengan itu saya sudahi ucapan ini dengan walbillahi, walhidayah, wasaalamualaikum wrt.

Tuesday, September 15, 2009

Kommunikasi Diantara Bos dan Orang Bawahan Nya.

Saya muat turun abstrak dari m.k.l seperti dibawah ini. Kajian ini berkaitan dengan komunikasi diantara pihak atasan dengan orang bawahan nya.


Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmana persepsi guru terhadap gaya, saluran dan keberkesanan komunikasi pengetua dan perkaitannya dengan motivasi guru. Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan yang dijalankan di semua 11 buah sekolah menengah dalam pentadbiran Pusat Kegiatan Guru. Seramai 300 orang responden yang dipilih secara rawak telah terlibat dalam kajian ini. Soal selidik yang terdiri dari lima bahagian iaitu profil responden, gaya komunikasi, keberkesanan komunikasi, saluran komunikasi dan motivasi guru telah digunakan dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 9.1. Kekerapan dan peratusan digunakan untuk menjelaskan profil responden. Analisis deskriptif digunakan untuk menerangkan dapatan kajian mengenai gaya, keberkesanan dan saluran komunikasi yang digunakan oleh pengetua. Pekali korelasi Pearson digunakan untuk melihat perkaitan pembolehubah kajian.
Kajian ini mendapati pengetua lebih kerap mengunakan komunikasi dua hala dalam pentadbiran di sekolah dan perbincangan secara terbuka diamati guru-guru paling berkesan dalam penyaluran maklumat. Ciri keberkesanan komunikasi utama yang ada pada pengetua pada pengamatan responden ialah kemahiran mengadakan perancangan, mempunyai kemahiran berkomunikasi, keinginan membantu guru-guru di samping mempunyai peribadi yang baik. Didapati gaya komunikasi sehala maupun dua hala tidak mempunyai perkaitan yang signifikan dengan motivasi guru-guru. Walau bagaimanapun, gaya komunikasi pengetua didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dan positif dengan guru tahap motivasi tinggi. Hasil kajian juga mendapati keberkesanan komunikasi tinggi pengetua mempunyai perkaitan yang signifikan dengan guru tahap rendah. Akhir sekali, hasil kajian juga mendapati terdapat perkaitan yang positif dan signifikan antara keberkesanan saluran komunikasi tinggi dengan guru tahap motivasi rendah.


RELATIONSHIP between style, channel and the effectiveness of principals communication with teachers motivation




The aim of this study was to identify the extent of teachers perception towards style, channel and the effectiveness of principals communication with regards to teachers motivation. The study adopts the survey method and was carried out at all 11 secondary schools under the administration of Teachers Resources Centre. A total of 300 teachers were selected at random for this study. A set of questionaire was distributed to the respondents eliciting the respondent profile, style of communication, effectiveness of communication, channel of communication and teachers motivation. The data was analyzed by the SPSS version 9.1 computer software. The respondents profile was analyzed using the simple frequency and percentage count. Descriptive analysis is used to identify the style, effectiveness and channel of communication employed by the principals. Pearson correlation is used to determine the existence of relationship between two variables. The outcome of the study revealed that principals frequently used two ways communications in administering the school and open discussion is the most effective method of relaying information. The respondents viewed that the effecive communication by principals is through proper planning of communication skills, have the initiative to supervise teachers apart having good personality. The survey also found out that one way or two ways style of communication have no significant correlation with teachers motivation. Besides that the principals style of communication have positive and significant correlation with teachers of high motivation level. The study also revealed that principals with high effective communication have significant correlation with teachers of low level of motivation. In conclusion, the study also found out that positive correlation and significant between the effectiveness of high communication with teachers of low motivation level.

100 Hari

Pada hari ini genaplah seratus hari menerajui stesen ini. Pada setiap hari merupakan hari baru untuk saya. Berbagai penyelesaian masalah, pengurusan, pentadbiran serta lain-lain urusan resmi mesti dijalankan. AlHamdullillah , berkat doa kita semua setakat ini, mampu meneruskan kerjaya yang mencabar ini.
Kita mesti peka pada setiap keadaan samada dilakukan oleh orang bawahan atau atasan kita. Respons hendaklah cepat dan tidak boleh tunggu-tunggu atau procrastination. Kerja hari ini mestilah dilakukan hari ini juga kerana esok kita belum tahu samada sibuk atau tidak.

Wednesday, September 2, 2009

Setelah Tiga Bulan

Pada hari ini kita telah menjadi Pengurus Stesen tiga bulan. Memegang teraju pimpinan bukanlah satu perkara yang mudah. Kerana banyak perkara perkara yang mesti diuruskan dengan cepat, tepat dan berkhemah. Sesuatu keputusan yang diambil diambil dari skop pengalaman dan pentadbiran.
Kerja mengurus termasuk;
1. Mengadakan mesyuarat mingguan bersama barisan pentadbiran,kewangan, keselamatan dan infrastruktur.
2. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan dengan pihak atasan, pusat tanggung jawab(PTJ) dan juga kontraktor yang yang hendak beroperasi di lokaliti.
3.Merancang persiapan jangka pendek dan jangka sederhana sumber manusia, kelengakapan dan infrastruktur.

Seperti mana sebagai seorang pemimpin kita hendaklah mempunyai minda yang terarah supaya dapat menyumbangkan idea, kreativiti serta masa agar dapat menafaat yang sebaik baiknya.

Masalah pekerja disini saya perhatikan ialah
1. Masalah disiplin kerja - ponteng kerja, tipu sijil sakit, tak datang kerja tanpa beritahu dan lain lain.
2. Malas sembahyang dan puasa seta ada yang tidak menutup aurat .

Friday, July 24, 2009

Poster

Ini adalah poster stesen di mana saya bekerja. Poster ini adalah poster pertama stesen ini yang menceritakan serba sedikit kegiatan aktiviti yang di jalankan. Saya berhasrat untuk memperbanyakkan lagi poster poster berkaitan unit unit yang ada.

Saturday, July 18, 2009

Teks Ucapan Perhimpunan Bulanan

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI.(20hb Julai 2009)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang di Muliakan Pengarah Pusat

Timbalan Pengurus Stesen

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

PENDAHULUAN

1. Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita semua sekali lagi berkumpul di dewan ini untuk bersama-sama menjayakan Perhimpunan Stesen MARDI Ibu Pejabat buat buat kali pertama bagi tahun 2009.

2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada hari ini.

3. Saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat serta menyampaikan arahan terkini serta membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan kita yang perlu kita di laksanakan dan dijayakan.

4.Ketua Pengarah dalam amanat nya telah mengucapkan setinggi terima kasih kepada stesen dan kakitangan yang terlibat sempena Hari Teknologi Tanaman dan Sukan MOA.

4.Seperti mana yang kita maklum konsep Satu Malaysia ia itu Rakyat di Dahulukan; Prestasi Di Utamakan pihak MARDI telah mengguna pakai konsep ini dipraktikkan di MARDI bagi mengukuhkan semangat kerjasama dan bekerja sebagai satu pasukan; tidak kira kategori, tidak kira bangsa. Melalui pendekatan ini telah pun diterapkan dalam budaya kerja kita. Walaubagaimanapun, ianya masih perlu dipertingkatkan bagi mengukuhkan lagi kerjasama di antara warga MARDI daripada berbagai disiplin dan kategori dengan semangat Satu MARDI. Saya percaya dengan semangat Satu MARDI, ianya akan membentuk satu budaya kerja yang cemerlang dan mengukuhkan di peringkat stesen mahu pun di peringkat MARDI supaya menjadi sebuah institusi yang komprehensif serta kompeten.

PENERAPAN NILAI INTEGRITI DALAM BUDAYA DI STESEN

5. Penerapan nilai-nilai murni perlu diamalkan oleh semua warga MARDI termasuk di stesen dalam membentuk suasana kerja yang lebih mesra, aman dan teratur.

6.Pihak Pengurusan Stesen mendapati masih lagi mempunyai kes salah laku atau disiplin yang melibatkan semua samada daripada kumpulan sokongan I mahupun sokongan II . Bagi mengatasi masalah disiplin ini, satu unit kaunseling telah ditubuhkan di Bahagian Sumber Manusia yang akan membantu para pegawai mahupun kakitangan MARDI yang mempunyai masalah disiplin ini. Unit ini akan membantu memberi nasihat serta mengatasi masalah sekiranya perlu. Bagi kes permasalahan disiplin di tahap yang serius, akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin.

7. Di sini saya menyeru kepada semua bentukkan jati diri anda, terapkan nilai-nilai murni serta integriti dan berdisiplin dalam diri masing-masing. Ianya perlu kerana dengan nilai-nilai tersebut, kita dapat menghasilkan hasil kerja yang lebih cemerlang dan dapat dicontohi oleh para pelapis
kita pada masa akan datang.

8. Antara usaha-usaha yang membantu kita semua memahami nilai integriti ini adalah melalui program-program keislaman dan modal insan cemerlang yang kebanyakan nya dianjurkan oleh NGO MARDI, seperti PKKIM, PKKM, BKSM, KEKAM dan PUSPANITA. Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada persatuan-persatuan tersebut yang telah membantu pengurusan MARDI menyediakan program-program yang dapat dimanfaatkan oleh warga MARDI. Diharap lebih ramai warga MARDI dapat menyertai program-program yang dianjurkan oleh NGO MARDI.

9. Adalah menjadi harapan saya, agar kita warga SIMP sama-sama menyahut cabaran perubahan dan bersedia untuk berubah dengan mengamalkan prinsip integriti ini. Perkara yang paling mudah yang kita dapat lakukan adalah setiap kali keluar bekerja mulakan niat yang baik, emosi yang ceria, perawakan yang menarik, merancang kerja dan tidak bertangguh, sentiasa proaktif dan menghargai kebaikan serta menjauhi perkara negatif.

10.Penjawat awam yang berminda kelas pertama juga dapat menghasilkan kerja yang bermutu, lantas meningkatkan produktiviti. Sebagai contoh, pekerja yang peka dan prihatin dengan tugasan hariannya, perlu memikirkan cara yang lebih baik untuk melaksanakan tugas mereka, ibarat seorang seniman yang menggubah lagu penuh dengan keasyikan demi mencipta lirik dan
melodi yang puitis.

ISU ISU SEMASA

11.Waktu bekerja

Pihak pengurusan MARDI telah mengeluarkan arahan bahawa kelongaran waktu rehat ialah 10.00 pagi hingga 10.30 pagi. Adalah didapati ramai kakitangan masih berada dikantin. Begitu juga pada petang, ramai yang masi lewat masuk bekerja mengambil anak sekolah dan ada yang keluar waktu pejabat tanpa kebenaran staf atasan Pihak pengurusan memandang serius perkara ini . Ada kes kemalangan diluar stesen semasa waktu pejabat. Pihak stesen sekali lagi tidak bertanggung jawab sekiranya apa-apa kemalangan atau musibah berlaku diluar pejabat tanpa kebenaran. Sekiranya ada apa-apa masalah datang berjumpa dengan staf atau kakitangan pengurusan atau pentadbiran.

12.Disiplin kakitangan

Adalah didapati terutamnya kes beban hutang yang tinggi (20%) di kalangan kakitangan SIMP. Kes ini adalah yang paling tinggi sekali diantara stesen stesen yang ada di MARDI. Saya bukan hendak menghalang tuan/puan berhutang, tetapi jangan berhutang terlalu banyak. Ikut kemampuan sendiri. – Ukur baju dibadan sendiri Kita tidak mahu kakitangan terlibat dengan ah long. Utamakanlah keperluan kita. Saya percaya tuan/puan disini boleh buat kerja sendiri dihujung minggu dan sebagainya. Jangan lah tertipu dengan skim cepat kaya dan terjebak dengan SMS atau apa jua bentuk pelabaran haram Janganlah kita sekali kali terpedaya.

13.Pakaian Seragam

Adalah dimaklumkan satu mesyuarat telah diadakan berkaitan pakaian seragam.Pakaian seragam ini membawa imej MARDI. Seperti mana yang diputuskan mereka yang layak ialah Pemandu Kenderaan Salun,Pemadu bas,pemandu trektor,pembantu am pejabat, pegawai keselamatan,tukang, mekanik dan pembantu penerbitan. Arahan terperinci akan dikeluarkan kemudian.

14.Pencapaian Tahap Kecekapan (PTK)

Pekeliling yang terbaru bahawa;

a.Seseorang yang telah memohon untuk menduduki PTK pada tahun itu tetapi tidak hadir tanpa sebab munasabab akan dikenalkan panelti dan tidak boleh mengambil PTK pada tahun yang berikutnya.

b.Seseorang yang telah mengambil PTK dan mendapat Aras 3 dalam mana mana bahagian hanya dibenarkan sekali sahaja untuk menduduki PTK pada tahun berikutnya.

c. Seseorang yang telah mengambil PTK dan mendapat Aras 1 atau 2 boleh mengambil didalam peperiksaan PTK pada tahu berikutnya.

d. Bagi kumpulan N11 akan dinaikan ke N14 dan setrerusnya ke N17 sekiranya layak seperti mendapat PTK 3 , bekerja 15 tahu n dan diperakukan oleh ketua jabatan.

Semua pekeliling ini akan dimaklum kepada tuan/puan dari masa kesemasa.

15.Larangan Merokok.

Pihak MARDI akan menguatkuasakan larangan merokok terutamanya ditempat dan bangunan awam.Papan tanda akan dipasdang di pintu pintu masuk. Saya berharap mereka yang hendak berhenti merokok eloklah berhenti.

16. Untuk Kakitangan Islam

Saya sebagai ketua disini ingin menyeru dan mengingatkan diri saya dan kepada semua kakitangan Islam agar menjalankan tanggung jawab dan amanah yang telah diberikan samada sebagai seorang Islam ataupun penjawat awam.

PENUTUP

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak demi menjulang nama baik kita.

Saya berharap tahun ini akan membawa lebih banyak kejayaan kepada kita semua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Isdrak Mikraj dan Selamat Berpuasa yang akan bermula 22 Ogos 2009 nanti.

Sekian.

Wabillahitaufiq, walhidayah wassalammualaiukum warahmatullah

hiwabarakatuh.


Back


Saturday, July 4, 2009

Hujung Bulan

Pada hujung bulan kebiasaanya anggota atau kakitangan awam akan dapat gaji. Selain itu mereka juga akan juga membuat tuntutan kerja lebih masa, tuntutan perjalananan dan sebagainya. Jadi kita akan banyak menghabiskan masa menanda tangani borang -borang untuk pengesahan selain dari borang borang yang lain seperti perolehan, surat maklumbalas, surat pekerja. Yang membinggungkan saya ialah tanda tangan saya kadang kadang berubah- ubah dan tidak berapa original maklumlah kena sign hampir 100 -200 atau lebih pengesahan yang berjumlah hampir RM 20-30K sebulan. Selepas tanda tangani borang baru tanda tangani cheque pula. Saya kena cari satu cara untuk atasi bagaimana hendak t/tangani borang borang dan check ini secara sama dan konsisten.

0 comments:

Post a Comment