Wednesday, June 24, 2009
Sibuk
Kesibukan sebenarnya bukan bergantung kepada jenis kerja atau pangkat seseorang, walaupun kedua-dua faktor tersebut turut mempengaruhinya. Ia banyak bergantung kepada kebijaksanaan (atau sebaliknya) seseorang merundingkan prioriti-prioritinya dalam aktiviti harian.
sumber :Dr.Shukri Abdullah
Monday, June 22, 2009
Tanggung Jawab Sebagai Pengurus
Diskripsi Kerja Secara Generik
Memberi kepimpinan secara menyeluruh didalam mengurus urusan-urusan berhubung fungsi stesen yang dipertanggungjawabkan mengikut sasaran prestasi piawai yang telah ditetapkan oleh Institut.
Tugas Dan TanggungJawab Utama
1. Membangunkan perancangan keseluruhan (strategik dan operasi) di Stesen.
2. Memperolehi dan menguruskan sumber-sumber berkualiti bagi melaksanakan aktiviti program yang dipertanggungjawabkan berasaskan kepada perancangan yang telah disediakan oleh Stesen.
3. Merancang dan melaksanakan pembangunan keupayaan sumber manusia (kepakaran dan kemahiran) melalui pembelajaran berterusan di Stesen secara keseluruhan.
4. Melaksanakan langkah-langkah kawalan yang berkenaan bagi memastikan urusan perancangan dan perlaksanaan aktiviti program di Stesen menepati piawaian sasaran prestasi yang diperlukan oleh Institut.
5. Mewujudkan dan membangunkan serta memperkukuhkan perkongsian bijak dengan organisasi luaran dan dalaman berhubung urusan di Stesen.
6. Memberi input dalam pengwujudan arahtuju strategic serta menggalakkan peningkatan kualiti dan keunggulan output di Stesen.
7. Melaksanakan arahan daripada pengurusan atasan Institut berdasarkan skop mandat fungsi organisasi dari masa ke semasa.
Tugas sebagai pengurus mengambil 70% masa tugas dan selebihnya 30% sebagai pegawai penyelidik.
Tugas Sebagai Pegawai Penyelidik
Mengurus pembiayaan projek penyelidikan secara bida, top-down dan antara bangsa.
1.Mencadangkan penyelidikan.
2.Melaksanakan penyelidikan dan inovasi
3.Mengurus sumber (kewangan dan fizikal)
4.Mengurus sumber manusia
5. Mempromosi,memindah, dan mengkomersilkan teknologi (TOT)
6.Membangunkan perniagaan.

Wednesday, June 17, 2009
PERIHAL STESEN DAN KAKITANGAN
Berlainan menjadi saintis atau guru, mentadbir sesebuah stesen penyelidikan itu memang mencabar dan teruja. Ini disebabkan menjadi saintis seseorang itu seseorang itu berfikir dan membuat kerja dari masalah yang ada contohnya meningkatkan hasil tanaman. 'Problem statement' yang ada fokus kearah bagaimana untuk menyelesaikan masalah pengeluaran tanaman. Tetapi mengurus dan mentadbir stesen terdedah kepada berbagai petugaunan tanggung jawab (PTJ) dari aspek infrastruktur, tenaga buruh, penyediaan tempat atau tanah dan lain lain lagi.Selain itu berbagai bagai masalah yang hendak diatasi seperti bangunan di masukki ular, tanaman landskap mati, longkap tersekat, jalan pecah dsb. Selain itu apa kita tidak alami semasa menjadi saintis ialah pengurusan kakitangan. Masalah disiplin kakitangan -ponteng kerja, cuti sakit dan masalah ketara sekali ialah beban hutang yang melebehi dari 60% gaji . Didapati lebeh 25% dari golongan berpendapatan rendah terjebak dengan beban hutang. Ada yang membawa balik gaji sehingga RM 22.00 sebulan. Ini sudah pasti menjejaskan prestasi kerja mereka dengan mencari kerja lain atau kemungkinan meminjam pada along.
Selain itu, mengurus stesen bukan sahaja mempunyai masalah dalaman tetapi masalah luar seperti pagar roboh , pencerobohan, kontraktor tidak mengikut speksifikasi dan lain lain. Cuma apa yang kita lakukan ialah meminta bantuan dari staf yang pengalaman serta mengetahui hal hal demikian. Keputusan yang diambil hendaklah dikira dari berbagai aspek .

Monday, June 1, 2009
DARI SAINTIS MENJADI PENGURUS
Pada hari ini aku telah dilantik menjadi pengurus stesen penyelidikan di Serdang.Setelah sekian lama memegang jawatan sebagai pegawai penyelidik kini aku diberi tugas untuk memimpin,mengurus dan menerajui satu stesen yang berkapasiti lebeh kurang 300 orang anggota. Ini terdiri dari keselamatan,pengurusan dan pentadbiran kawasan seluas hampir 2,000 ekar.
Menjadi pengurus bukanlah satu kerja yang mudah tetapi memerlukan komitmen yang tinggi, idea yang bernas, komunikasi berkesan, perancangan yang jitu. Pada tahun 2002 aku pernah menghadiri kursus Project Management for Senior Managers. Secara ringkas boleh lah di rumuskan bahawa mengurus ini ada enam proses.
1. Planning -Perancangan
2.Sceduling- Penjadualan
3.Resource-Sumber
4.Decision -Keputusan
5.Strategy-Startegi
6.Replanning-Perancangan semula.
Kepakaran aku sebagai ahli agronomi akan dapat membantu dapat pemuliharaan tanam tanaman dan landskap di kawasan landskap.

Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments:
Post a Comment