Wednesday, June 17, 2009

PERIHAL STESEN DAN KAKITANGAN

Berlainan menjadi saintis atau guru, mentadbir sesebuah stesen penyelidikan itu memang mencabar dan teruja. Ini disebabkan menjadi saintis seseorang itu seseorang itu berfikir dan membuat kerja dari masalah yang ada contohnya meningkatkan hasil tanaman. 'Problem statement' yang ada fokus kearah bagaimana untuk menyelesaikan masalah pengeluaran tanaman. Tetapi mengurus dan mentadbir stesen terdedah kepada berbagai petugaunan tanggung jawab (PTJ) dari aspek infrastruktur, tenaga buruh, penyediaan tempat atau tanah dan lain lain lagi.Selain itu berbagai bagai masalah yang hendak diatasi seperti bangunan di masukki ular, tanaman landskap mati, longkap tersekat, jalan pecah dsb. Selain itu apa kita tidak alami semasa menjadi saintis ialah pengurusan kakitangan. Masalah disiplin kakitangan -ponteng kerja, cuti sakit dan masalah ketara sekali ialah beban hutang yang melebehi dari 60% gaji . Didapati lebeh 25% dari golongan berpendapatan rendah terjebak dengan beban hutang. Ada yang membawa balik gaji sehingga RM 22.00 sebulan. Ini sudah pasti menjejaskan prestasi kerja mereka dengan mencari kerja lain atau kemungkinan meminjam pada along.

Selain itu, mengurus stesen bukan sahaja mempunyai masalah dalaman tetapi masalah luar seperti pagar roboh , pencerobohan, kontraktor tidak mengikut speksifikasi dan lain lain. Cuma apa yang kita lakukan ialah meminta bantuan dari staf yang pengalaman serta mengetahui hal hal demikian. Keputusan yang diambil hendaklah dikira dari berbagai aspek .

No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment