Saya ada berkesempatan bertemu dengan mantan pengurus stesen(PS) Tuan Haji Yunus Aminudin dirumah beliau di Teras Jernang,Kajang. Perbincangan berkisar berkaitan sejarah stesen Serdang serta persempadan yang terlibat dengan Institut Pertanian dan Universiti Putra. Beliau juga ada memberikan gambar-gambar lama yang diambil disekitar 1970an dan gambar tanaman getah yang ditanam semasa itu.
Sebenarnya, kawasan MARDI Serdang pada tahun 70an terbahagi kepada empat;
1) Serdang A-Kawasan Stesen Serdang (Kawasan MAEPS saekarang)
2) Serdang B-Kawasan Kelapa sawit (Kawasan NAHRIM)
3) Serdang C-Kawasan Buah-Buahan(Kawasan 50 ekar dan sekitarnya)
4) Serdang D-Kawasan Ternakan (Kawasan Pusat Latihan,MBTIC dan sebahgian rumah ROTU UPM)
Masih banyak isu-isu persempadan yang masih 'tergantung' dengan pihak terbabit yang mesti diselesaikan dalam masa terdekat.
Hasil dari perbincangan tersebut bahawa;
1) Pengurusan Stesen hendaklah memastikan keujudan adalah sangat penting dalam penyelidikan,pentadbiran serta pengurusan MARDI.
2)Menjadi tulang belakang kepada MARDI dalam menjalankan segala aktiviti .
3)Memastikan setiap PTJ dapat bekerjasama dengan PS dalam pentadbiran dan pengurusan,
Sunday, October 25, 2009
Saturday, October 24, 2009
Latihan Fire-Drill
Pada 23hb Oktober 2009, kami telah mengadakan satu latihan fire-drill atau pengungsian bangunan.Sebenarnya fire-drill ini telah lama tidak dilaksanakan iaitu hampir 10 tahun.Kali ini saya menyambut cabaran untuk mengadakan latihan tersebut.Nampaknya mudah tetapi memerlukan beberapa kordinasi diantara PTJ, Bomba dan Hospital.
Perancangan demi perancangan telah kami aturkan seperti mesyuarat dan perbincangan semua PTJ (12 semua nya).
Tujuan diadakan fire-drill berkenaan ialah;
1) Untuk menetapi piawaian pihak bomba supaya latihan fire-drill diadakan sekurangnya 2 kali setahun.
2) Untuk mengetahui dan memantau berapakah masanya yang diambil oleh pihak bomba untuk datang ke premis kebakaran.
3)Untuk menyelaraskan PTJ-PTJ yang terlibat serta mengadakan wakil tingkat,wakil blok dan pegawai insiden.
4)Untuk memantau berapa lama kah penghuni/kakitangan pejabat untuk keluar ketempat berkumpul atau 'assembly point' jika berlaku sesuatu kebakaran.
5)Untuk memantau samada sistem penggera berfungsi dengan baik atau tidak.
6)Untuk penilaian penambahbaikan pada masa akan datang seperti penubuhan pasukan Emergency Response Team (ERT) serta penyediaan peralatan asas pertolongan untuk kecemasan
Penilaian awal nampaknya memuaskan dimana seramai lebih 350 orang telah mengambil bahagian.Diakhir latihan tersebut telah diadakan demonstrasi pemadaman api oleh pihak bomba dan Cardiac Pulmonary Resuscitation(CPR) oleh pihak Hospital Serdang.

Wednesday, October 7, 2009
Ucapan Selamat Hari Raya
UCAPAN PENGURUS STESEN SEMPENA JAMUAN HARI RAYA (8hb Oktober 2009)
Assalamualikum wrt. Pengerusi Majlis; Yang di hormat Pengarah , Pusat Pengurusan Stesen, En Jamaludin bin Salim , Timbalan -Timbalan Pengarah, Timbalah Pengurus Stesen, dhif –dhif jemputan , Pegawai Penyelidik, Penolong-Penolong Pegawai Penyelidik seterusnya tuan/puan sekelian.
Pertama-tama sekali marilah kita merafak syukur kepada hadrat Allah kerana pada pagi ini kita sekali lagi dapat bersama didalam majlis yang penuh riang ria hari raya.Kehadiran tuan/puan pada pagi sangat besar ertinya dalam ertikata dapat memupuk kerjasama dan silaratulrahim diantara kita disini. Semangat kerjasama yang ditunjukan oleh tuan/puan dari semua unit sangat memberangsangkan. Alhamdullilah apa yang kita rancang dan hajatkan tercapai juga. Diharapkan tidak apa apa masalah hingga ke akhir majlis. Saya kira tuan/puan sejak 2-3 hari yang lepas bertungkus lumus hingga ke malam tadi bagi menyediakan menu-menu dan persiapan yang dirancangkan.
Tuan/puan;
Apa yang penting bagi kita jamuan hari raya ini bukan makanan yang diutamakan sangat. Tetapi lebih dari itu. Ia itu bermaaf-maafan diantara satu sama lain serta menperbaharui ikatan silaratul rahim diantara supaya kita dapat bekerjasa bersama sama didalam sebuah keluarga. Saya harap tidak kakitangan/pekerja disini tidak dendam mendendam diantara satu sama lain, mana mana yang tidak kena dihati itu cepat cepat minta maaf.
Baka kata orang
Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Jauh dan dekat datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita
Tuan/puan;
Saya juga mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan tahniah kepada kakitangan kita yang mana telah dinaikkan pangkat baru baru baru ini secara Khas Untuk Penyandang (KUP) .Mereka yang dimaksudkan ialah Tn.Hj.Khairudin Pamuji, Pn. Habibah Sulaiman, En Norizan dan Pn. Adayu. Ramai lagi akan dinaikkan pangkat tidak lama lagi. Syabas diucapkan.
Disini juga seorang kakitangan kita ia itu En.Mohd Firdaus Othman akan berpindah ke stesen MARDI Muazam, Pahnag tidak lama lagi. Saya bagi pihak stesen mengucapkan terima kasih kerana sekian lama beliau telah bekerja di stesen dengan baik dan memuaskan. Saya mengucapkan selamat maju jaya disamping kerjaya nya.
Tuan/puan .
Saya juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada penyumbang-penyumbang kita samada persendirian, swasta atau lain-lain yang mana telah bermurah hati untuk menderma dan memberi sumbangan ikhlas kepada kita untuk menjayakan jamuan kita. Selain itu , saya sangat berterima kasih kepada AJK-AJK dan mereka yang telah menyumbang tenaga, duit serta fikiran dalam menjayakan aktiviti kita pada hari ini.
Sekali lagi, Segala sumbangan dari tuan/puan diucapkan berbanyak terima kasih. Insyallah pada tahun depan kalau ada ada rezeki, umur panjang dan sihat kita akn buat majlis seperti ini.
Tidak kurang juga dhif-dhif jemputan yang sudi datang untuk beraya dengan kita.Kita juga menjemput pihak atasan MARDI serta rakan-rakan kita dari pusat yang lain untuk bersama sama kita.Tak lupa juga kita menjemput bekas pengurus -pengurus stesen seperti Tuan Hj.Rahman Daud, Dr.Arif Omar, En Aziz, Dr.Yahya , dan lain-lain. Tidak kurang juga jemputan kita panjangkan kepada masyarakat sekeliliong kita seperti pihak Polis, Bomba dan Kesihatan.
Tuan/puan
Sekiranya ada apa apa yang tak kena dihati saya bagi pihak stesen menuntut berbanyak banyak kemaafan.
Jika ada terlepas pandang
Jika ada terlebih terkurang
Jika ada tersilap salah
Maaf jua kami pohonkan
Bak kate oghang Peghak
Sungei disusur sehaghi-haghi
Dalam gelap menangkap ikan
Teman menyusun sepuluh jarhi
Salah dan silap harap maafkan
Bak kato orang nogori sembilan....
Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok ilang dicari. Kok hanyut di pinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarlah nampak muko. Kok poei biarlah nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sejambak kato. Doghup bicaro, menghisik raso....
Salam aidilfitri maaf zahir dan batin. Dengan itu saya sudahi ucapan ini dengan walbillahi, walhidayah, wasaalamualaikum wrt.

Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments:
Post a Comment