Pada 23hb Oktober 2009, kami telah mengadakan satu latihan fire-drill atau pengungsian bangunan.Sebenarnya fire-drill ini telah lama tidak dilaksanakan iaitu hampir 10 tahun.Kali ini saya menyambut cabaran untuk mengadakan latihan tersebut.Nampaknya mudah tetapi memerlukan beberapa kordinasi diantara PTJ, Bomba dan Hospital.
Perancangan demi perancangan telah kami aturkan seperti mesyuarat dan perbincangan semua PTJ (12 semua nya).
Tujuan diadakan fire-drill berkenaan ialah;
1) Untuk menetapi piawaian pihak bomba supaya latihan fire-drill diadakan sekurangnya 2 kali setahun.
2) Untuk mengetahui dan memantau berapakah masanya yang diambil oleh pihak bomba untuk datang ke premis kebakaran.
3)Untuk menyelaraskan PTJ-PTJ yang terlibat serta mengadakan wakil tingkat,wakil blok dan pegawai insiden.
4)Untuk memantau berapa lama kah penghuni/kakitangan pejabat untuk keluar ketempat berkumpul atau 'assembly point' jika berlaku sesuatu kebakaran.
5)Untuk memantau samada sistem penggera berfungsi dengan baik atau tidak.
6)Untuk penilaian penambahbaikan pada masa akan datang seperti penubuhan pasukan Emergency Response Team (ERT) serta penyediaan peralatan asas pertolongan untuk kecemasan
Penilaian awal nampaknya memuaskan dimana seramai lebih 350 orang telah mengambil bahagian.Diakhir latihan tersebut telah diadakan demonstrasi pemadaman api oleh pihak bomba dan Cardiac Pulmonary Resuscitation(CPR) oleh pihak Hospital Serdang.
No comments:
Post a Comment