Friday, May 21, 2010

Kursus Pegawai Pengelasan dan Pegawai Keselamatan Pejabat



Saya bersyukur telah menjalani kursus dua setengah hari di Genting Highlands pada 19 hingga 21 Mei 2010, mengenai pengelasan dokumen dan kesalamatan pejabat. Kursus ini telah memberi kami pendedahan terhadap apa itu Rahsia Besar; Sulit, Terhad dan Terkawal dimana dokumen- dokumen ini adalah dokumen Terperingkat. Seseorang penjawat awam samada pengetua, pengurus atau ketua pejabat semestinya tahu akan keselamatan aset dan fizikal pejabat masing -masing. Ini kerana seseorang ketua itu tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. Sekiranya CUAI ; anda boleh boleh disabitkan kesalahan dimahkamah . (Jadinya yang dapat elaun pentadbiran tu... jangan syok saja; anda tertakluk kepada peraturan dan prosedur tertentu)

Kepada mereka yang menjawat jawatan awam yang tinggi samada bos atau lain -lain pangkat di bahagian pengurusan dan pentadbiran elok pergi kursus tersebut yang dianjuran bersama dengan Pejabat Ketua Keselamatan Jabatan Perdana Menteri (PKKJPM) (laman web di http://www.cgso.jpm.my/).

Perlu diketahui bahawa keselamatan pejabat itu dibahagikan kepada beberapa perkara;

1.Aset
2.Fizikal
3.Peribadi.

Kami diberi syarahan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu En.Mazlan dan En Norazmi dari PKKJPM. Selain itu kami diberi latihan bagaimana untuk mengisi borang atu buku 492,492A adan 492B. Perkara ini adalah penting bagi seseorang ketua pejabat tahu sebab sebabnya ada implikasi disebaliknya.

Pengelasan dokumen pula ialah bagaimana sesuatu dokumen itu di kelas semula dari sesuatu peringkat. Contohnya dari dokumen Rahsia Besar kepada Sulit; Dari Sulit kepada Terhad dan Terhad kepada Terkawal. Siapa kah orang boleh membuat pengelasan dokumen tersebut?.

Kami juga diberi tahu apa itu Tapisan Keselamatan- Tapisan Halus, Tapisan Kasar.

Setelah mengikuti kursus ini; banyak perkara yang saya simpulkan bahawa dari segi keselamatan pejabat ;

1 Di setiap pejabat mesti ada 'Standard Operating Procedure' atau Manual Kerja Keselamatan
2.Melihat dan mengkaji ruang ruang yang belum diambil tindakan seperti Buku Daftar Sulit,Buku 492,Buku 492A dan B, Buku Daftar Kunci;Tapisan Keselamatan
3.Membuat perincian terhadap keselamatan fizikal seperti grill bilik, alat penggera,CCTV dan lain-lain.
4.Mengkaji apakah ancaman-ancaman yang ada dari segi aset,fizikal dan peribadi.

Akhir kata; RAHSIAKAN RAHSIA.

Sijil Penyertaan Kursus


No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment