Sebagai seorang pengurus kita mesti lurus dan telus. Ini lah sikap yang mesti diambil oleh setiap pengurus serta pentadbir supaya kerja kerja yang di arahkan itu tiada kepentingan diri atau 'self -interest'. Saya mempunyai pengambilan staf staf baru untuk masuk kerja, Ada ketikanya seseorang itu mendapat sokongan yang kuat atau 'cable' untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan.Prinsip saya ialah sekiranya seseorang itu layak dan berpuas hati barulah kita boleh memperakukan nya. Kalau tidak ...
Kita mestilah memberikan sesuatu itu kepada yang berkelayakan bukannya dari sokongan atau tekanan.Sekiranya kita memperakukan orang yang tidak layak, kesannya sangat lama . Contohnya seseorang pekerja tidak layak diambil bekerja disebabkan oleh tekanan atau sokongan orang teretentu, maka organisasi akan menanggung orang ini sehingga 30 tahun!. Bayangkan... Kita sebagai ketua akan ditanya diakhirat nya kenapa tidak mengambil orang yang lebih layak.
Jadi saya sentiasa bepegang teguh kepada telus dan lurus. Biarlah orang berkata itu ini, tetapi prinsip tetap prinsip.
No comments:
Post a Comment