Sebahagian peserta kursus pengauditan, Ketua Juruadit MARDI, En Azunan dan Pn Wan Sariyah |
Peserta kursus En.Razali , Dr.Zainudin dan Dr.Omran, Tn.Hj Abu Kassim (sudut belakang). |
Peserta peserta kursus audit d Kota Bharu |
Teknik teknik untuk memberi ketakakuran, NCR atau OFI! |
En.Azhar penceramah dari EQMA ,simple dan joking orangnya |
Rajah punca sebenar NCR |
Peserta kursus berehat dan minum petang, |
Kursus tersebut telah di jalankan oleh sebuah syarikat pengurusan, EQ Management Associates yang berpengkalan di Petaling Jaya. Kursus kali ini di beri penekanan kepada aspek klausa klausa mengikut 'mind map'. Pendekatan yang kami mula mula pelajari dahulu mengikuti ialah klausa mengikut proses. Ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan baru kepada kami. Walaubagaimanapun ini tidak menjadi masalah kepada kami kerana kita telah faham akan faham konsep konsep nya terdahulu.
Apa yang perlu bagi setiap auditor ialah jangan mencari kesalahan manusia tetapi mencari mana mana proses yang tidak dijalankan di dalam prosedur. Apa yang penting mesti ada bukti, rekod, laporan , gambar , pemerhatian dllg semasa menjalankan pengauditan. Jangan lah sesuka hati hendak memberi NCR atu OFI. Kalau proses tersebut akur, lapurkan akur. Seseorang auditor mestilah tahu 5 prinsip audit.
1.Kelakuan beretika
2.Kewajaran penyampaian
3.Menjaga profesionalisme
4.Berkecuali
5.Pendekatan berdasarkan bukti.
Sebagai ulangan seseorang auditor itu hwndaklah tahu keperluan struktur satandard ISO 9001:2008.
1.Skop
2.Rujukan Normatif
3.Istilah dan Definasi
4.Sistem Pengurusan Kualiti
5.Tanggungjawab Pengurusan
6.Pengurusan Sumber
7.Realisasi Produk
8.Pengukuran,Analisis dan Penambahbaikan.
Selain menjalankan pengauditan terhadap proses, kita juga boleh menggunakan teknik pengauditan didalam kerja seharian kita.Ini kerana setiap orang yang ada menjalankan kerja kerja pengurusan atau mengendalikan projek hendaklah tahu akan turutan turutan yang terkandung didalam sesuatu kerja itu. Ini termasuk dokumen, perolehan, pengukuran, analisis dan penambaikan.
Selamat Menjalankan Pengauditan pada tahun 2012.
Segala pertanyaan boleh dikemukakan kepada zainudinhaji@gmail.com
Blog saya yang lain di
http://reddragonfruits.blogspot.com/
http://about-heliconia.blogspot.com/
http://zainudinhajimeon.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment