Showing posts with label lalu lintas mardi. Show all posts
Showing posts with label lalu lintas mardi. Show all posts

Monday, March 19, 2012

KURSUS KEFAHAMAN DAN TATACARA PENGAUDITAN UNTUK JURUAUDIT AUDIT KUALITI DALAMAN MS ISO 9001:2008

Kursus kefahaman pengauditan telah di adakan di Kota Bharu dari 15-17 Mac 2012 yang lalu. Hampir 71 orang telah di jemput oleh pihak Sumber Manusia MARDI walaubagaimanapun ramai tak dapat menghadirkan diri kerana masalah masalah tertentu. Kursus ini memang diadakan pada setiap tahun khususnya kepada mereka telah berpengalaman menjalankan pengauditan, dimana kursus  cuba memberi peringatan yang penting terutama klausa klausa yang hendak di gunapakai dalam sesuatu proses pengauditan. Alhamdullilah pada tahun tahun yang lepas dan terdahulu MARDI telah berjaya mendapat status yang terbaik dari segi pengauditan oleh pihak SIRIM, dan sijil ISO memang menjadi salah satu identiti kualiti kepada organisasi.


Sebahagian peserta kursus pengauditan, Ketua Juruadit MARDI, En Azunan dan Pn Wan Sariyah 

Peserta kursus En.Razali , Dr.Zainudin dan Dr.Omran, Tn.Hj Abu Kassim (sudut belakang).

Peserta peserta kursus audit d Kota Bharu

Teknik teknik untuk memberi ketakakuran, NCR atau OFI!

En.Azhar penceramah dari EQMA ,simple dan joking orangnya 

Rajah punca sebenar NCR

Peserta kursus berehat dan minum petang,


Kursus tersebut telah di jalankan oleh sebuah syarikat pengurusan, EQ Management Associates yang berpengkalan di Petaling Jaya. Kursus kali ini di beri penekanan kepada aspek  klausa klausa mengikut 'mind map'. Pendekatan yang kami mula mula pelajari  dahulu mengikuti ialah klausa mengikut proses. Ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan baru kepada kami. Walaubagaimanapun ini tidak menjadi masalah kepada kami kerana kita telah faham akan faham konsep konsep nya terdahulu.


Apa yang perlu bagi setiap auditor ialah jangan mencari kesalahan manusia tetapi mencari mana mana proses yang tidak dijalankan di dalam prosedur. Apa yang penting mesti ada bukti, rekod, laporan , gambar , pemerhatian dllg semasa menjalankan pengauditan.  Jangan lah sesuka hati hendak memberi NCR atu OFI. Kalau proses tersebut akur, lapurkan akur. Seseorang auditor mestilah tahu 5 prinsip audit.


1.Kelakuan beretika
2.Kewajaran penyampaian
3.Menjaga profesionalisme
4.Berkecuali
5.Pendekatan berdasarkan bukti.


Sebagai ulangan seseorang auditor itu hwndaklah tahu keperluan struktur satandard ISO 9001:2008.
1.Skop
2.Rujukan Normatif
3.Istilah dan Definasi
4.Sistem Pengurusan Kualiti
5.Tanggungjawab Pengurusan
6.Pengurusan Sumber
7.Realisasi Produk
8.Pengukuran,Analisis dan Penambahbaikan.


Selain menjalankan pengauditan terhadap proses, kita juga boleh menggunakan teknik pengauditan didalam kerja seharian kita.Ini kerana setiap orang yang ada menjalankan kerja kerja pengurusan atau mengendalikan projek hendaklah tahu akan  turutan turutan yang terkandung  didalam sesuatu kerja itu. Ini termasuk dokumen, perolehan, pengukuran, analisis dan penambaikan.




Selamat Menjalankan Pengauditan pada tahun 2012.


Segala pertanyaan boleh dikemukakan kepada    zainudinhaji@gmail.com


Blog saya yang lain di 
http://reddragonfruits.blogspot.com/ 

http://about-heliconia.blogspot.com/
http://zainudinhajimeon.blogspot.com/






  

Thursday, March 18, 2010

MARDI EMPAT PULUH TAHUN





Ucapan dari Ketua Pengarah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,Y.Bhg Dato'/Tuan/Puan,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada barisan pengurusan kanan MARDI dan semua warga MARDI yang telah bersama-sama menjayakan Sambutan 40 Tahun MARDI, Majlis Makan Malam dan SSM yang telah berjalan dengan lancar pada 16 dan 17 Mac 2010. Terbukti dengan hubungan kerjasama semua warga MARDI, majlis sebegini dapat dijalankan dengan gemilang.Untuk makluman semua, Y.B Datuk Seri Noh b. Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyatakan kepuasan dan penghargaan beliau kepada MARDI di atas pelaksanaan majlis yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung.

Tahniah sekali lagi.
Yang benar,
DATUK DR. ABD SHUKOR ABD

PANTUN MARDI

1. Empat abad umur MARDI
Menjalan kajian seluruh Negeri
Pelbagai tanaman sudah diselidiki
Namanya terserlah pemimpin agroteknologi.


2. Menjana pengetahuan matlamat MARDI
Kepuasan pelanggan cita-cita kami
Modal insan aset yang tinggi
Bagi mengekal kecekapan dan kompetensi


3. Sungguh cemerlang budaya MARDI
Terserlah di merata pelosok negeri
Mengekalkan keupayaan penyelidikan yang tinggi
Mencapai hasrat para pak tani.


4. Dalam era globasasi kini
Persaingan sengit memang teruji
Ada kalah ada yang rugi
MARDI tetap sukar ditandingi


5. Duhai dikau generasi baru
Jagalah MARDI seperti dirimu
Nilai integriti sangatlah perlu
Agar institut dihormati selalu.

Wednesday, December 16, 2009

Ucapan Pembukaan Kursus Lalulintas

TEKS UCAPAN SEMPENA KURSUS LALU LINTAS PEGAWAI KESELAMATAN MARDI OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI (9hb Disember 2009)


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang di Muliakan Pegawai Trafik PDRM, IPD Serdang

Timbalan Pengurus Stesen


Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,


PENDAHULUAN


1. Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita semua sekali lagi berkumpul di dewan ini untuk bersama-sama menjayakan satu kursus lalu lintas untuk pegawai keselamatan di Ibu Pejabat MARDI pada tahun ini.


2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia Bahagian Trafik Serdang, diatas kehadiran mereka untuk menyempurnakan kursus ini yang diadakan sebanyak dua siri.


3. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan sepatah dua kata dan berkongsi maklumat berkaitan kursus lalulintas ini supaya dapat dijalankan dan di laksanakan dengan jayanya.

PENGENALAN

Tuan-tuan;

Dengan pertambahan pegawai dan kakitangan MARDI dari tahun demi tahun, begitu juga jumlah kenderaan bertambah. Ini boleh dilihat pergerakan lalulintas yang ada samada didalam dan diluar MARDI. Tambahan pula dengan siapnya jalan Persiaran MARDI-UPM lalu tarfik semakin sibuk dan juga berisiko tinggi kemungkinan terbabit dengan kemalangan jalan raya.

Begitu juga, saban tahun di MARDI ada banyak acara atau ‘events’ bulanan atau tahunan, peningkatan drastik terhadap bilangan kenderaan yang keluar –masuk ke kawasan MARDI dan sekitarnya. Perkara ini menuntut pengawalan dan keselamatan trafik yang berkesan dan sempurna kepada pengguna.

Menyedari hakikat ini, pihak Pengurusan stesen telah diarahkan oleh Pengurusan Atasan Institut supaya pengawal keselamatan membuat kawalan trafik secara berkala khususnya waktu puncak iaitu a) 7.15-8.30 pagi;b)1.00 tgh -2.30 ptg dan c)4.45 ptg – 5.30 ptg. Lanjutan dari arahan inilah kursus ini diadakan.



Dalam tiga tahun kebelakangan ini;direkodkan kes kemalangan yang tertinggi termasuk kemalangan maut. Adalah dijangkan kursus ini akan dapat menyediakan petugas keseselamatan yang kompeten seterusnya dapat mengurangkan kemalangan samada didalam atau diluar MARDI.

Sehubungan dengan ini juga pihak MARDI amat prihatin terhadap peraturan letak kereta yang maih tidak dipatuhi.Adalah dijangkakan dengan sebanyak sedikit ilmu yang didapati dapat menguatkuasa peraturan letak kereta seperti mana yang diarahkan oleh pihak MARDI.

TUJUAN/MATLAMAT

Kursus ini bertujuan mendedahkan mereka kepada tatacara, kaedah, peraturan, kemahiran dan tindakan yang perlu diketahui dalam mengendalikan kawalan trafik supaya berkeyakinan dalam menjalankan tugasan.

Selain itu dapat meningkat peningkatan asas berkaitan keselamatan lalulintas pegawal keselamatan dapat meningkatkan ketrampilan diri serta dapat menjalankan pengurusan trafik dengan berkesan.Pendek kata mereka ini boleh menjalankan tugas dengan lebih berkeyakinan dan berkesan dengan pengetahuan/ ilmu yang perolehi.



SINOPSIS KURSUS

Tuan/tuan;

Kursus ini telah disusun dengan sedemikian rupa bagi memastikan setiap paengawal keselamatan dapat ilmu yang mencukupi.

Methodologi kursus telah di lengkap dengan ceramah oleh pegawai yang competen, latihan amali, sessi soal jawab dan penilaian kursus. Kemungkinan kita akan keluar sijil jika ada kesempatan.



HARAPAN

Saya berharap tuan-tuan dapat memberi sepenuh perhatian kepada kursus ini yang saya sangat penting bagi memantapkan perjalanan trafik di MARDI.


Saya yakin tuan-tuan boleh menjalankan tugas ini dalam masa terdekat setelah mendapat tunjuk ajar dari pihak Polis Cawangan Trafik nanti .

Tunjukkan semangat professionalisme dan kewibaan tuan –tuan apabila menjalankan tugas serta dapat menjadi contoh kepada agensi-agensi lain.


PENUTUP

Sebelum di tutup dan merasmikan kursus ini ingin saya sampaikan dua rangkap pantun;

Pemanis kata selamat datang;
Awal Bismillah pembuka bicara;
Tuan umpama bintang cemerlang;
Mencurah ilmu menabur jasa;

Mengkudu ditanam yang tumbuh selasih;
Dingin disirami air dikali;
Diringi ucapan terima kasih;
Pakar berbudi kami hargai.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak dan dengan lafaz “Bismillahir Rahman nir Rahim’ saya merasmikan kursus ini.


Sekian.


Wabillahi taufiq, walhidayah wassalammualaiukum warahmatullah hiwabarakatuh.

0 comments:

Post a Comment