Saturday, February 9, 2013

Audit ISO

Pengauditan keatas salah sebuah milik proses telah dijalankan. Seperti mana yang telah dirancang pengauditan telah berjalan lancar. Saya sebagai ketua pasukan audit telah memulakan  pengauditan keatas pemilik proses Latihan Induksi dan Pengajian Dalam dan Luar Negara. Seperti biasa setiap carta alir didalam dokumen perlu diteliti dan difahami sebelum senarai semak dilakukan. Pengauditan dijalankan oleh ahli audit yang iaitu En Joehan Syarif Hj.Rahim dan En. Lim Ah Hong. Kami mendapat kerjasama yang baik dari pihak auditee. Hampir sehari setengah kami menjalankan pengauditan. Buat pertama kali dalam pengauditan saya, proses ini TIDAK mempunyai ketakakuran (tidak ada NCR), cuma beberapa penelitian sahaja yang perlu ditambahbaik.

Segala borang yang berkaitan akan dihantar kepada uruusetia setelah semua perkara ditandatangi.
Dr. Zainudin Haji Meon  sedang mengadakan mesyuarat penutup (exit meeting) dengan  pihak auditee setelah pengauditan dijalankan.


No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment