Thursday, October 17, 2013

BERKORBAN PADA HARI RAYA AIDIL ADHA

Pihak MARDI Ibu Pejabat telah melakukan acara korban pada hari raya aidil adha  pada 17hb Oktober 2013 dengan menyembelih sebanyak lapan ekor. Peserta -peserta adalah terdiri dari kakitangan MARDI Ibu Pejabat, MARDI Jelebu, MARDI Jalan Kebun dan Kundang. Acara penyembelihan telah bermula pada 8.30 pagi dan berakhir dengan jamuan makan pada 1.00 tengah hari. Ketua Pengarah MARDI Dato'Sharif Haron telah melawat ke tapak pada 10.00 pagi. Pada hemat beliau acara korban ini hendaklah diadakan pada setiap tahun.Pada dasar nya acara korban ini telah memupuk jiwa untuk bekerjasama, mengeratkan silaratul rahim disamping dapat meningkatkan peribadi untuk tolong menolong diantara satu sama lain. Yang berada menolong yang miskin. Program korban boleh dianggap berjaya pada kali ini dengan adanya penglibatan dari semua  badan-badan NGO di MARDI seperti PKKIM,KEKAM, BKSM, PUSPANITA..
Sebanyak 8 ekor dipilih untuk korban di MARDI Ibu Pejabat.

Gotong royong untuk melapah lembu

Jawatankuasa Pelaksana Penerapan Nilai-Nilai Islam (PNNI) MARDI melalui Badan Kebajikan dan Sukan MARDI (BKSM) serta Badan Gabungan telah mengadakan Majlis Qurban peringkat Ibu Pejabat MARDI bertempat di Kawasan Lapang, Padang Pusat Perkhidmatan Teknikal.

Alhamdulillah, sejumlah 8 ekor lembu telah selamat dikorbankan dan dagingnya telah disedekahkan kepada mereka yang telah terpilih di kalangan kakitangan MARDI dan kepada mereka yang disenaraikan. Oleh itu AJK Pelaksana PNNI, BKSM dan NGO yang bergabung dibawahnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua bantuan tenaga kerja, peralatan dan apa jua yang telah disumbangkan bagi menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Imam dan Jawatankuasa Masjid Jamek Qariah Serdang, Pejabat Pusat Pengurusan Stesen,  Pejabat Stesen MARDI Serdang, Pejabat Pusat Perkhidmatan Teknikal serta Pejabat Bahagian Pengurusan Kejuruteraan di atas segala sumbangan dan bantuan yang telah diberikan. 
Adalah diharapkan semoga aktiviti ini mendapat sambutan yang lebih baik lagi di masa hadapan dan penyertaan dari  semua kakitangan akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat serta keberkatan dari ALLAH SWT. Sekiranya ada kekurangan dan kelemahan yang berlaku semasa acara ini berlangsung, saya bagi pihak AJK Pelaksana memohon ampun dan maaf seikhlasnya. Segala penyertaan dan kerjasama adalah amat dihargai.

Gambar-gambar seterusnya disini 

Perutusan  PKKIM sempena Aidil Adha disini

0 comments:

Post a Comment