Gotong royong untuk melapah lembu |
Jawatankuasa Pelaksana Penerapan Nilai-Nilai Islam (PNNI) MARDI melalui Badan Kebajikan dan Sukan MARDI (BKSM) serta Badan Gabungan telah mengadakan Majlis Qurban peringkat Ibu Pejabat MARDI bertempat di Kawasan Lapang, Padang Pusat Perkhidmatan Teknikal.
Alhamdulillah, sejumlah 8 ekor lembu telah selamat dikorbankan dan dagingnya telah disedekahkan kepada mereka yang telah terpilih di kalangan kakitangan MARDI dan kepada mereka yang disenaraikan. Oleh itu AJK Pelaksana PNNI, BKSM dan NGO yang bergabung dibawahnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua bantuan tenaga kerja, peralatan dan apa jua yang telah disumbangkan bagi menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Imam dan Jawatankuasa Masjid Jamek Qariah Serdang, Pejabat Pusat Pengurusan Stesen, Pejabat Stesen MARDI Serdang, Pejabat Pusat Perkhidmatan Teknikal serta Pejabat Bahagian Pengurusan Kejuruteraan di atas segala sumbangan dan bantuan yang telah diberikan.

Adalah diharapkan semoga aktiviti ini mendapat sambutan yang lebih baik lagi di masa hadapan dan penyertaan dari semua kakitangan akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat serta keberkatan dari ALLAH SWT. Sekiranya ada kekurangan dan kelemahan yang berlaku semasa acara ini berlangsung, saya bagi pihak AJK Pelaksana memohon ampun dan maaf seikhlasnya. Segala penyertaan dan kerjasama adalah amat dihargai.
Gambar-gambar seterusnya disini
Perutusan PKKIM sempena Aidil Adha disini

No comments:
Post a Comment