Manupulasi terhadap pengeluran
buah durian menggunakan beberapa kaedah telah dijalankan melalui penggunaan
hormone pembungaan paklobutrazol oleh beberapa saintis seperti Hasan Mad dan Karim , M.Z ( 1990)
serta Rushidah, W.Z, Abd. Jamil, Z and Muhamad Zaki, M.N (2006). Kajian mendapati
pemberian dos sebanyak 5-10g/ 2 liter
air telah diberikan kepada setiap pokok
durian telah mengalakkan pengeluaran bunga tetapi pembuahannya tidak begitu menjadi.
Secara fisiologi, pengeluaran buah pada tanaman durian adalah bergantung kepada hubungkait diantara ‘source and sink’ (Salakpeth dll, 1992). Ini bermakna tanaman mesti mempunyai bekalan makanan atau ‘assimilate’ yang mencukupi untuk pengeluaran pembuangaan diikuti dengan keadaan stress air (Masri,1999; Abdul Razak,dll 2000). Resepi untuk pengeluaran durian di Thailand telah dikeluarkan oleh Subhadrabandhu, S. dan Tongumpai,P.(1990) dimana aktiviti agronomi seperti pemangkasan, pembajaan, pemberian baja foliar serta hormone dan pengairan dijalankan selepas pengeluaran hasil.
Tujuan kajian ini dijalankan untuk mencuba beberapa kaedah terhadap pengeluaran buah durian dibeberapa lokasi dengan menggunakan resepi pembajaan dan amalan agronomi untuk melihat samada kesan tersebut memberi impak positif untuk aruhan pembungaan dan pengeluaran buah.
Objektif kajian.
- 1. Mengkaji samada aruhan pembungaan dan pembuahan durian boleh dilakukan dengan kaedah pembajaan dan amalan agronomi yang tepat.
- 2. Mengkaji tindak balas klon-klon durian yang berbedza didalam lokasi-lokasi tertentu.
- 3. Mengkaji ‘crop load’; bilangan buah yang sesuai untuk di’pegang’ pada setiap pokok.
No comments:
Post a Comment