Tuesday, March 23, 2010

Menjadi Penulis

Untuk menjadi seorang Penulis

1.Mesti banyak membaca dan berfikir

2.Berfikir secara kritikal tentang apa yang dibaca, di dengar, dilihat dan diilhamkan

3.Mesti menulis setiap hari walaupun satu baris ayat setidak tidaknya. Jangan tunggu hari esok.

4.Baca semua artikel termasuk komik, lukisan,ceramah, lagu,puisi,sajak dll.

5. Buat conclusions dari apa yang didapati .



Thursday, March 18, 2010

MARDI EMPAT PULUH TAHUN





Ucapan dari Ketua Pengarah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,Y.Bhg Dato'/Tuan/Puan,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada barisan pengurusan kanan MARDI dan semua warga MARDI yang telah bersama-sama menjayakan Sambutan 40 Tahun MARDI, Majlis Makan Malam dan SSM yang telah berjalan dengan lancar pada 16 dan 17 Mac 2010. Terbukti dengan hubungan kerjasama semua warga MARDI, majlis sebegini dapat dijalankan dengan gemilang.Untuk makluman semua, Y.B Datuk Seri Noh b. Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyatakan kepuasan dan penghargaan beliau kepada MARDI di atas pelaksanaan majlis yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung.

Tahniah sekali lagi.
Yang benar,
DATUK DR. ABD SHUKOR ABD

PANTUN MARDI

1. Empat abad umur MARDI
Menjalan kajian seluruh Negeri
Pelbagai tanaman sudah diselidiki
Namanya terserlah pemimpin agroteknologi.


2. Menjana pengetahuan matlamat MARDI
Kepuasan pelanggan cita-cita kami
Modal insan aset yang tinggi
Bagi mengekal kecekapan dan kompetensi


3. Sungguh cemerlang budaya MARDI
Terserlah di merata pelosok negeri
Mengekalkan keupayaan penyelidikan yang tinggi
Mencapai hasrat para pak tani.


4. Dalam era globasasi kini
Persaingan sengit memang teruji
Ada kalah ada yang rugi
MARDI tetap sukar ditandingi


5. Duhai dikau generasi baru
Jagalah MARDI seperti dirimu
Nilai integriti sangatlah perlu
Agar institut dihormati selalu.

Friday, March 12, 2010

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas


Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas Pada 9hb. Mac 2010 jam 9.45 pagi di PICC PUTRAJAYA


Tajuk Cermah :Transformasi Pemikiran – Bertindak Perkhidmatan Awam Menjamin Keutamaan Pencapaian

Penceramah Utama: Dato Seri Abdul Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.


Kesimpulan yang dapat diambil dari perspektif saya:

1. Apa yang penting ialah kehidupan rakyat, rakyat samada lebih baik dari hari ini dan esok lebih baik dari hari ini.

2. Para penjawat awam mestilah melakukan lonjakan paradiqma untuk membantu kesejahteraan rakyat.

3. Kerajaan telah menggariskan falsafah induk iaitu Rakyat di Utamakan Pencapaian Di Dahulukan yang merentasi kaum, ugama serta ideologi dibantu dengan 4 teras utama iaitu Transformasi fikiran – bertindak, Modal Ekonomi Baru, NKRA dan RMK10.

4. Negara mesti berpindah dari Negara berpendapatan sederhana ke Negara berpendapatan tinggi.

5. Selain itu, ‘cross-fertilization’ iaitu perpindahan penjawat swasta yang berketrampilan ke penjawat awam untuk memacu ekonomi Negara.

6. IPTA mestilah mengeluarkan modal insan yang berkualiti dimana akan wujud “paragon of excellence”.

7. Penjawat awam mestilah mempunyai budaya kreatif dan cepat bertindak pantas serta nilai untuk wang dan nilai integriti hendaklah diterapkan ke dalam penjawat awam dimana penjawat awam menjadi khadam kepada pemasalah awam (custodial of public interest).

8. Penjawat awam diibaratkan seperti keluarga besar jangan ada pemikiran silo iaitu terpisah dan jumud menyebabkan kerugian kepada rakyat.

9. Firman dalam An:Nisa:59 hendaklah dikuti dan bersungguh-sungguh bekerja semoga berjaya.

Tuesday, February 23, 2010

Pengauditan Audit Kualiti Dalaman MS ISO 9001 : 2008

1. Sepasukan ahli audit terdiri dari Dr. Hj. Zainudin bin Hj. Meon, Dr. Sanimah Simoh dan Puan Jameah telah menjalankan audit ke atas pemilik proses utama iaitu ‘ Proses Pemilihan Penjantan Lembu Pedaging.

2. Pengauditan telah dilakukan pada 19hb. Februari 2010 di MARDI Muadzam, Muadzam Shah, Pahang.

3. Pihak kami telah disambut oleh wakil pemilik proses Cik Tan, Pengurus Stesen Hj. Abdullah Ahmad Faizal, Encik Roslan Othman, Encik Rosalan dan Encik Mohd Firdaus serta PRA yang lain.

4. Pengauditan bermula pada pukul 8.30 pagi dan selesai pukul 5.30 petang.


Pasukan juruaudit ISO sedanng memeriksa makmal dan menyoal beberapa soalan kepada pemilik proses



5. Keputusan pengauditan adalah memuaskan. Satu NCR dan 2 OFI.

6. Audit susulan akan dilakukan setelah mereka membuat penambahbaikan.

7. Saya telah mengaudit beberapa proses yang lain termasuk:
a) Rekabentuk, Pengurusan dan Perlaksanaan Projek.
b) Pengeluaran Biji Benih Asas Padi
c) Pengendalian Kursus Teknikal
d) Perlindungan Sinaran Mengion
e) Pembangunan dan Penyelenggaraan Sistem Applikasi.

8. Sebagai Juruaudit, dapat mempelajari prosedur prosedur Pusat lain selain penyelidikan.

9. Pengauditan terhadap penyelidikan hendaklah dijalankan demi aspek-aspek pengambilan data, analisis data, intreprestasi data serta keputusan yang dibuat.


Anak lembu pedaging didalam sistem semi-intensif


Kandang lembu yang dijaga bersih dimana anak anak lembu ditempatkan.







10. Setelah audit penutupan dibuat, kumpulan kami telah mendapat tempat pertama.Tahniah kepada ahli ahli kumpulan.


Cenderamata tempat pertama dimana kumpulan kami telah mencapai kecemerlangan.

Thursday, January 21, 2010

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI.

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI.

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI.(20hb Januari 2010)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang di Muliakan Timbalan Pengurus Stesen
Yang di Muliakan Penolong Pegawai Penyelidik
Yang di Muliakan Ketua Pengawal Keselamatan
Yang di Muliakan Barisan Penyelia-Penyelia

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

PENDAHULUAN

1. Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita semua sekalilagi berkumpul di dewan ini untuk bersama-sama menjayakan Perhimpunan Stesen MARDI Ibu Pejabat buat kali pertama bagi tahun 2010 (Kali pertama perhumpunan disini ialah pada 20 hb Julai 2009).

2. Tidak terlambat juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 dan Selamat Menyambut Tahun Hijrah 1431H kepada tuan-tuan dan puan-puan. Dan juga selamat datang kepada kakitangan baru kestesen ini.

3. Saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat serta menyampaikan arahan-arahan terkini dari pihak atasan serta membincangkan beberapa isu yang berkaitan rapat yang perlu kita di laksanakan dan dijayakan.
4.Ketua Pengarah dalam amanat nya telah mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua kakitangan serta stesen kerana telah menjulang nama MARDI ketahap kecermelangan.Tidak kurang penting bagi saya tuan-tuan dan puan –puan adalah aset yang paling tinggi untuk stesen ini.

5. Untuk makluman tuan /puan MARDI telah genap 40 tahun. Penubuhan MARDI ialah pada 28 hb Oktober 1969. Maka, satu sambutan akan di adakan sempena penubuhan tersebut. Kalau di imbau, penubuhan MARDI telah dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abd Razak, Perdana Menteri ketika itu. Pihak MARDI kali ini berhasrat untuk menjemput Datuk Seri Najib Perdana Menteri (PM) untuk mersamikan sambut tersebut. Tarikh yang dicadangkan itu ialah akhir Januari atau awal Februari memandang kelapangan masa yang ada pada PM. Ini juga akan diselaraskan dengan pameran Mardi Science and Technical Exhibition (MSTE). Pastinya ini memerlukan komitmen dari kita semua iaitu dari segi keceriaan dan keselamatan.

6. Selain itu, pihak Kementerian Pertanian juga akan mengadakan acara MAHA 2010 pada 30hb Novemeber – 17 Disember 2010 di MAEPS.LANGKAH

LANGKAH JIMAT CERMAT

6.Bajet 2010 telah di terima baru-baru ini terutamanya bajet mengurus. Adalah di maklumkan bajet kali ini telah berkurangan sebanyak 40 hingga 50% . Maka langkah-langkah jimat telah di jalankan. Pihak stesen sedang dan akan mengambil langkah berbelanja secar berhemah supaya bajet yang ada digunakan sebijak mungkin. Ini terutama nya dalam kerja lebih masa, perjalanan dan pengangkutan (T &T) penggunaan bahan api, utiliti dan lain.Walaubagaimanapun perbelanjaan terhadap baja,racun kimia dan bahan alat gantian yang mustahak tidak dapat tidak hendaklah di buat. Selain itu, pihak stesen telah juga menghadkan perbatuan setiap kakitangan supaya tidak melebehi bajet yang disediakan.

7.Oleh kerana stesen Serdang membekalkan perkhidmatan seperti kenderaan dan pemandu kepada Pusat-Pusat lain, pihak stesen akan berbincang dengan PTJ-PTJ tersebut untuk mengatasi permasaalahan kekurangan bajet pada tahun ini. Ini bagi menjaga kebajikan pemandu-pemandu supaya mendapat T&T dan overtime mereka dapat disegerakan. Ini juga termasuk bahan api yang dibekalkan ke PTJ –PTJ tersebut.

CUTI SECARA ONLINE
8.Baru baru ini pihak Sumber Manusia ada mengeluarkan arahan supaya cuti dibuat secara online.Pihak stesen akan memastikan dahulu kakitangan akan dapat latihan yang secukupnya supaya arahan tersebut dapat dijalankan sepenuhnya. Untuk makluman pihak stesen telah menyiapkan dua unit komputer untuk tujuan. Latihan akan diberikan secara berperingkat. Adalah diharapkan cuti tuan /puan semua akan dapat dijalankan secara online sepenuhnya suatu hari nanti, tetapi buat masa ini masih menggunakan cara biasa iaitu perlu diisikan borang.

Saraan Kerja Tahunan (SKT)
9. Untuk makluman tuan/puan semua pihak pengurusan stesen telah mengadakan mesyuarat baru-baru ini untuk memberi Anugerah Perkhimatan Cemerlangan (APC) dan anjakan gaji kepada kakitangan yang layak seperti lulus PTK aras 3 atau 4. Pihak kami akan merekomenkan sesiapa sahaja yang layak dan pada tahun ini kemungkinan mereka yang telah dapat APC boleh dapat sekali lagi sekiranya kerja kerja nya mlebehi tahap maksimum.Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada Jawatan Kuasa di peringkat MARDI untuk menentukannya.

Susun atur kerja
10. Ada beberapa perubahan telah dan akan berlaku dari segi pengagihan kerja pada tahun ini. Ini kerana seorang ARO kita ia itu En Rohaizad Ramly telah melanjutkan pelajaran dan keduanya penyerahan ladang herba seluas 28 ekar kepada MAEPS.Selain itu ada kakitangan baru yang telah berkhidmat di stesen in ia itu Pn Noormah Ahmad dari MARDI Kluang.Semuanya perubahan ini akan diatur didalam SKT 2010 tidak lama lagi.Selain itu, mereka mereka yang telah mendapat KUP akan diluaskan skop dan tanggung kerja mereka selaras dengan gaji mereka..

ISU ISU SEMASA
11. Disiplin kakitangan
Beberapa masalah disiplin telah dikenalpasti dikalangan kakitangan stesen Serdang.

a.Masalah tidak dapat menguruskan cuti dengan baik.
Ada dikalangan kakitangan mengambil cuti tanpa memberi tahu MARDI terlebih dahulu.Perkara ini berlaku segelintir kakitangan, walaubagaimanapun tindakan akan tetap diambil diatas sebab kecuaian ini.Masalah Keberhutangan yang tinggi.Adalah didapati terutamanya kes beban hutang yang tinggi (20%) di kalangan kakitangan stesen ini. Pihak stesen telah mengeluarkan pekekeling supaya kakitangan yang mempunyai tanggung hutang yang berat iaitu melebehi 60% gaji mereka tidak lagi diperakukan untuk pinjaman. Ini adalah bagi mengelakkan kakitangan terjumus masalah disiplin.

bMasalah dadah
Kes ini pihak stesen memandang sangat serius.Ada kalangan kakitangan terjebak dengan najis dadah dimana baru baru ini pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah membuat pemeriksaan terhadap kakitangan disini dengan kerjasama pihak Sumber Manusia. Adalah dimaklumkan semua kakitangan kerajaan adalah diwajibkan menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka bebas dari dadah. Pihak stesen akan memantau masalah ini supaya tidak menjadi parah. Sekiranya ada kakitangan inginkan pemulihan pihalk stesen sedia membantu dan harap tampil kedepan atau berjumpa dengan saya secara peribadi.

c.Masalah tuntutan perbelanjaan perubatan yang tinggi
Pihak stesen telah menerima tuntutan sangat tinggi dan mendadak terhadap tuntutan perbelanjaan perubatan pada awal tahun iaitu bulan Januari dari kakitangan stesen dari sesuatu farmasi. Kami mendapati sesetengah tuntutan itu dibuat secara tidak munasabah dimana membuat tuntutan sebanyak RM300.00 sekali tuntutan melalui resit-resit yang telah di buat pecahan RM50 setiap satu. Pihak stesen sedar bahawa tuntutan perubatan adalah hak tuan/puan walaubagaimana pihak stesen akan menghadkan bayaran mengikut purata bulanan. Walaubagaimanapun kes ini akan dilihat satu per satu. tuntutan perbelanjaan perubatan

12. Latihan Dalaman

Pihak stesen dari masa kemasa ingin meningkatan prestasi atau output kakitangan. Latihan dalam akan diadakan didalam bidang tertentu supaya dapat meningkatkan kecekapan dan keyakinan diri untuk bekerja. Contohnya pihak Pengawal Keselamatan telah diberi tunjuk ajar bagaimana menjalankan kawalan trafik seperti mana tuan/puan dapat lihat hari ini. Selain itu ada beberapa kursus dalam akan dicadangkan seperti pemanduan berhemah akan dapat dijalankan.Selain itu pihak stesen dengan kerjasama pihak Sumber Manusia akan mengatur kursus kursus untuk kakitangan dimana difikirkan perlu.

13.Jawatan Kuasa Keselamatan Pekerja.

Baru baru ini pihak stesen telah menubuhkan satu jawatan kuasa yang diberi nama Jawatan Kuasa Keselamatan Pekerja. Jawankuasa ini terdiri dari penyelia-penyelia tuan/puan dimana akan melihat serta memperincikan aspek-aspek dan langkah-langkah keselamatan yang akan diambil supaya dapat mengurang risiko terhadap sesuatu pekerjaan yang dijalankan. Ia juga akan menyediakan Standard Operational Procedures (SOP) untuk setiap pekerjaan yang dibuat.

14.Pencapaian Tahap Kecekapan (PTK)
Pekeliling untuk mengambil PTK sudah pun keluar dan tarikh-tarikh tertentu telah dijadualkan oleh pihak MARDI. Tuan/puan boleh merancang dari sekarang untuk mengabil PTK tersebut.
Cuma ada beberapa syarat yang telah kenanakan iaitu;

a.Seseorang yang telah memohon untuk menduduki PTK pada tahun itu tetapi tidak hadir tanpa sebab munasabab akan dikenalkan panelti dan tidak boleh mengambil PTK pada tahun yang berikutnya.

b.Seseorang yang telah mengambil PTK dan mendapat Aras 3 dalam mana mana bahagian hanya dubenarkan sekali sahaja untuk menduduki PTK pada tahun berikutnya.

c. Seseorang yang telah mengambil PTK dan mendapat Aras 1 atau 2 boleh mengambil didalam peperiksaan PTK pada tahu berikutnya.

16.Nilai Tambah Diri

Sempena tahun baru 2010 dan Tahun Hijrah ini saya berharap kakitangan semua dapat menambah nilai diri masing-masing.Contohnya dari sifat tak aktif kepada proaktif, dari malas ke rajin, dari sifat ponteng kerja atau culas tulang ke rajin bekerja, dari sifat berang ke sabar ; dari memandu cuai kepada pemandu cermat ; dari sifat negatifd ke positif dan lain lain. Ini bukan untuk saya, tetapi untuk tuan/puan sendiri. Jadilah tempat kerjaia itu tempat kita mencari rezeki suatu tempat yang baik dan kondusif untuk bekerja.Saya juga inginkan setiap kakitangan memupuk kerjasama diantara satu sama lain dan kerja berpasukan. Tanamkan semangat semuga satu hari nanti aku akan dapat Pingat Cemerlang.

17. Untuk Kakitangan Islam

Saya sebagai ketua disini ingin menyeru dan mengingatkan diri saya dan kepada semua kakitangan Islam agar menjalankan tanggung jawab dan amanah yang telah diberikan samada sebagai seorang Islam ataupun penjawat awam.

PENUTUP

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak demi menjulang nama baik kita.Saya berharap tahun ini akan membawa lebih banyak kejayaan kepada kita semua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut tahun Baru Cina yang akan datang kepada kakitangan Cina stesen ini.yang akan jatuh pada 14 dan 15 Februai dan juga Selamat Menyambut Maulidir Rasul pada 26hb Februari yang akan datang.

Sekian.Wabillahitaufiq, walhidayah wassalammualaiukum warahmatullahi wabarakatuh.

Sunday, December 27, 2009

Mesyuarat Pengurus -Pengurus Stesen di Kuching, Serawak

Pada 21 hingga 24 Disember 2009, mesyuarat pengurus -pengurus stesen telah diadakan di Merdeka Palace, Kuching. Selain mesyuarat, satu bengkel yang bertajuk "Pengukuhan Pengurusan Stesen telah diadakan. Kira-kira 70 orang telah menghadiri bengkel tersebut.
Kursus ini adalah berkaitan dengan pemantapan pengurusan stesen dan serta jati diri yang diperlukan oleh seseorang pengurus.
Setelah berbengkel kami pergi membeli kek lapis (gambar) serta ikan terubuk masin di sana. Ole -ole yang di beli memang istimewa dari Serawak selain dari 'handicraft'. Kami juga pergi berjalan di sekeliling Bandaraya Kuching termasuk MARDI Negeri Serawak, Satok, Waterfront dan lain-lain.
Kami difahamkan di Serawak mempunyai lebeh dari 20 dialek antara nya yang 'famous' naik belon. Kami juga dapat cerita puteri Santubong itu banyak versi- Melayu, Iban, Cina dan lain lain.
Di Semenanjung ada nasi ayam tetapi diSerawak ada nasi ayam penyet.Rasa nya enak dimana ada sambal, ulam dan peha ayam.

Negeri Serawak sedang membangun. Kami dapat lihat banyak pembangunan sedang rancak dijalankan.

Wednesday, December 16, 2009

Ucapan Pembukaan Kursus Lalulintas

TEKS UCAPAN SEMPENA KURSUS LALU LINTAS PEGAWAI KESELAMATAN MARDI OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI (9hb Disember 2009)


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang di Muliakan Pegawai Trafik PDRM, IPD Serdang

Timbalan Pengurus Stesen


Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,


PENDAHULUAN


1. Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita semua sekali lagi berkumpul di dewan ini untuk bersama-sama menjayakan satu kursus lalu lintas untuk pegawai keselamatan di Ibu Pejabat MARDI pada tahun ini.


2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia Bahagian Trafik Serdang, diatas kehadiran mereka untuk menyempurnakan kursus ini yang diadakan sebanyak dua siri.


3. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan sepatah dua kata dan berkongsi maklumat berkaitan kursus lalulintas ini supaya dapat dijalankan dan di laksanakan dengan jayanya.

PENGENALAN

Tuan-tuan;

Dengan pertambahan pegawai dan kakitangan MARDI dari tahun demi tahun, begitu juga jumlah kenderaan bertambah. Ini boleh dilihat pergerakan lalulintas yang ada samada didalam dan diluar MARDI. Tambahan pula dengan siapnya jalan Persiaran MARDI-UPM lalu tarfik semakin sibuk dan juga berisiko tinggi kemungkinan terbabit dengan kemalangan jalan raya.

Begitu juga, saban tahun di MARDI ada banyak acara atau ‘events’ bulanan atau tahunan, peningkatan drastik terhadap bilangan kenderaan yang keluar –masuk ke kawasan MARDI dan sekitarnya. Perkara ini menuntut pengawalan dan keselamatan trafik yang berkesan dan sempurna kepada pengguna.

Menyedari hakikat ini, pihak Pengurusan stesen telah diarahkan oleh Pengurusan Atasan Institut supaya pengawal keselamatan membuat kawalan trafik secara berkala khususnya waktu puncak iaitu a) 7.15-8.30 pagi;b)1.00 tgh -2.30 ptg dan c)4.45 ptg – 5.30 ptg. Lanjutan dari arahan inilah kursus ini diadakan.



Dalam tiga tahun kebelakangan ini;direkodkan kes kemalangan yang tertinggi termasuk kemalangan maut. Adalah dijangkan kursus ini akan dapat menyediakan petugas keseselamatan yang kompeten seterusnya dapat mengurangkan kemalangan samada didalam atau diluar MARDI.

Sehubungan dengan ini juga pihak MARDI amat prihatin terhadap peraturan letak kereta yang maih tidak dipatuhi.Adalah dijangkakan dengan sebanyak sedikit ilmu yang didapati dapat menguatkuasa peraturan letak kereta seperti mana yang diarahkan oleh pihak MARDI.

TUJUAN/MATLAMAT

Kursus ini bertujuan mendedahkan mereka kepada tatacara, kaedah, peraturan, kemahiran dan tindakan yang perlu diketahui dalam mengendalikan kawalan trafik supaya berkeyakinan dalam menjalankan tugasan.

Selain itu dapat meningkat peningkatan asas berkaitan keselamatan lalulintas pegawal keselamatan dapat meningkatkan ketrampilan diri serta dapat menjalankan pengurusan trafik dengan berkesan.Pendek kata mereka ini boleh menjalankan tugas dengan lebih berkeyakinan dan berkesan dengan pengetahuan/ ilmu yang perolehi.



SINOPSIS KURSUS

Tuan/tuan;

Kursus ini telah disusun dengan sedemikian rupa bagi memastikan setiap paengawal keselamatan dapat ilmu yang mencukupi.

Methodologi kursus telah di lengkap dengan ceramah oleh pegawai yang competen, latihan amali, sessi soal jawab dan penilaian kursus. Kemungkinan kita akan keluar sijil jika ada kesempatan.



HARAPAN

Saya berharap tuan-tuan dapat memberi sepenuh perhatian kepada kursus ini yang saya sangat penting bagi memantapkan perjalanan trafik di MARDI.


Saya yakin tuan-tuan boleh menjalankan tugas ini dalam masa terdekat setelah mendapat tunjuk ajar dari pihak Polis Cawangan Trafik nanti .

Tunjukkan semangat professionalisme dan kewibaan tuan –tuan apabila menjalankan tugas serta dapat menjadi contoh kepada agensi-agensi lain.


PENUTUP

Sebelum di tutup dan merasmikan kursus ini ingin saya sampaikan dua rangkap pantun;

Pemanis kata selamat datang;
Awal Bismillah pembuka bicara;
Tuan umpama bintang cemerlang;
Mencurah ilmu menabur jasa;

Mengkudu ditanam yang tumbuh selasih;
Dingin disirami air dikali;
Diringi ucapan terima kasih;
Pakar berbudi kami hargai.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak dan dengan lafaz “Bismillahir Rahman nir Rahim’ saya merasmikan kursus ini.


Sekian.


Wabillahi taufiq, walhidayah wassalammualaiukum warahmatullah hiwabarakatuh.

0 comments:

Post a Comment