Monday, May 17, 2010
Selamat Hari Guru 16 Mei 2010
Berbagai SMS telah saya baca termasuk begini;
Kepalang menjadi guru;
Sebutir pasir dijadikan intan;
Seketul batu dijadikan berlian;
Sekelas murid dijadi insan;
Seikhlas janji tetap ditunaikan.
'Jadilah
seorang guru yang hadirnya di TUNGGU;
hilangnya di RINDU;
ilmunya diBURU;
nasihatnya di SERU;
tingkahlakunya diTIRU'.
"Ya Allah , insan yang sedang membaca sms ini adalah insan yang sangat hebat kerana dengan peranannya, dia telah membina ramai insn yang hebat seperti diri nya". Amin.
"Guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU;
Guru juga kadang kala sepert TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU
Yang pasti guru bagaikan TV9 DEKAT DIHATI;
dan yang paling penting guru juga bagaikan PACKAGE ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA".
Salam hormat kepada semua guru.
Wednesday, May 12, 2010
Ceramah Untuk Kakitangan
Setiap tiga bulan saya akan memberi ucapan didalam perhimpunan kakitangan stesen. Oleh kerana ramai kakitangan dan staf secara berkelumpuk didapati ada mesej yang hendak disampaikan tidak begitu berkesan. Apa kaedah yang saya laukan sekarang ialah memberi ceramah tersebut secara kelumpuk kecil bilangan iaitu 30-40 orang sekali secara bersemuka.Lagi pun saya tak ingat nama dan muka mereka yang ramai itu. Jadi saya berusaha untuk menerangkan ceramah dan mesej secara berperingkat. Isi ceramah tersebut seperti berikut;
Ceramah Motivasi Untuk Pekerja dan Staf
1. Maruah
Diri
Keluarga
Organisasi
2.Disiplin
Waktu Bekerja- Waktu Masuk. Waktu Berehat , Waktu Pulang Waktu Keluar
Pakaian Seragam/Etika Berpakaian di Pejabat.,
Cuti – Rehat , Sakit , Kecemasan (M.C. tak boleh dipinda).
Cuti on-line (kena pohon)
3. Bertanggung jawab/ Akauntabiliti
Memenuhi Skop Kerja
Keberhasilan – ‘value for money’ , jangan tangguh
Kemukakan Penyelesaian bukan Masalah
Inisiatif
4.Amanah/Kerja Berpasukan
Kesefahaman dan Keserasian
Jujur dan Berterus terang
Hormat
Tekun bekerja
Hindari Sikap Negatif -Cuai, Bodoh Sombong, Iri Hati,Hati Kotor
5. Arahan/Panduan
Patuh Arahan
Arahan Jelas
Maklumat Penting
Kommunikasi
6. Tatatertib/Hukuman (ABB 605)
Amaran
Denda
Lucut Hak Emolumen
Tangguh Pergerakan Gaji
Turun Gaji
Turun Pangkat
Buang Kerja.
7. Anugerah
Pingat Anugerah Cemerlang
Pingat Pekerja Terbaik.
8. Aktiviti
9.Harapan
Pekerja Contoh
Pekerja Cemerlang
Wednesday, May 5, 2010
Mesyuarat Mingguan Pengurusan
Ini adalah senarai contoh nya selepas itu kita akan tengok minit mesyuarat yang lepas.
1. Status Bajet
Kod kod Yang Kritikal
2. Isu-isu keselamatan
Masalah Pengawal Keselamatan
CCTV
Penguatkuasaan tempat letak kereta dan motor
Peralatan –clamping
Kawasan clamping (clamping zone)
Projek projek Luar di MARDI & Pencerobohan
Borang Kepuasan Pelanggan
3. Pentadbiran & Pengurusan
Lapuran Stesen ke Pusat.
Staf Bermasalah Meningkat. Pendekatan Yang di ambil
Cuti Online, Cuti sakit
Masalah tuntutan perubatan
Permintaan penambahan kerja lebihmasa (Minit Mesyuarat (MARDI-
MAEPS)
Pelarasan Permintaan lebihmasa oleh Pusat
4. Landskap dan Keceriaan
Blok J,K
Kompleks UBB
Persediaan untuk MAHA
Pengambilan Semaian RIC
Garden Center
Cadangan Landskap Kawasan Parking VIP, kafetaria
Signage Parkir KP,TKP dan Khas.
Penanaman pokok hutan di tepi kolam PLM
Signage IbuPejabat ke MAEPS-Arahan KP
Pintu Gerbang di Pintu 2- Arahan KP
5. Stesen MARDI Kundang
Pam terus dari kolam sediada
Laporan Kejuruteraan
Lapuran teknikal dan quotation dari ENK BioScience
Kertas kerja berkaitan status stesen ke JOPTA
6. Mesyuarat dengan PTJ -PTJ
Isu isu berbangkit
Perbelanjaan T&T , OT
Ladang /dusun SR masih tak terurus
Rumah SR di petak Biodiversiti
Tanah diminta oleh MA (2hektar)
MAEPS – skit tank akan dibeli dari bajet KJ.
7. Lain-lain
Permintaan pemandu BT, Pusat
Sewaan tanah kosong – taman heliconia, kelapa sawit
Simpanan Buku buku Stesen
Cadangan Galeri Pusat Pengurusan
Penyelegaraan kenderaan berkomputer
Notis sambung sewa kafetaria
Kemajuan Hari Keluarga
Thursday, April 15, 2010
Minggu Yang Sibuk
Banyak mesyuarat mesti di hadiri.
1. Mesyuarat Keselamatan CCTV
2. Mesyuarat Penyelengaraan Kuarters
3. Mesyuarat Pelarasan Unit-Unit
4. Mesyuarat Kebajikan.
5. Perjumpaan kakitangan
Perjumpaan dengan kakitangan kali ini dibuat hadapan pejabat bermula 7.45 pagi. Perhimpunan kali ini ringkas dan santai. Tiga amanat penting diberikan;
1. Disiplin kakitangan- datang lambat, keluar waktu bekerja; tengah hari tak datang bekerja; ponteng kerja .
2. Keluar pejabat tanpa kebenaran.
3. hari Keluarga Stesen -18 Jun 2010 di Tasik Rekreasi MARDI.
Tiap tiap bulan akan dibuat perjumpaan supaya dapat memberi tahu kakitangan maklumat; pekeliling,dan aturan kerja.
Penyelidikan yang dijalankan agak 'slow' kerana kena fokus. Bagaimana pun minggu depan akan siapkan sistem hydroponics untuk heliconia.
Lain lain kerja termasuk naik taraf signage, landskap, jalan premix, dsb.
Tuesday, March 23, 2010
Menjadi Penulis
1.Mesti banyak membaca dan berfikir
2.Berfikir secara kritikal tentang apa yang dibaca, di dengar, dilihat dan diilhamkan
3.Mesti menulis setiap hari walaupun satu baris ayat setidak tidaknya. Jangan tunggu hari esok.
4.Baca semua artikel termasuk komik, lukisan,ceramah, lagu,puisi,sajak dll.
5. Buat conclusions dari apa yang didapati .

Thursday, March 18, 2010
MARDI EMPAT PULUH TAHUN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,Y.Bhg Dato'/Tuan/Puan,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada barisan pengurusan kanan MARDI dan semua warga MARDI yang telah bersama-sama menjayakan Sambutan 40 Tahun MARDI, Majlis Makan Malam dan SSM yang telah berjalan dengan lancar pada 16 dan 17 Mac 2010. Terbukti dengan hubungan kerjasama semua warga MARDI, majlis sebegini dapat dijalankan dengan gemilang.Untuk makluman semua, Y.B Datuk Seri Noh b. Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menyatakan kepuasan dan penghargaan beliau kepada MARDI di atas pelaksanaan majlis yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para pengunjung.
Tahniah sekali lagi.
Yang benar,
DATUK DR. ABD SHUKOR ABD
PANTUN MARDI
1. Empat abad umur MARDI
Menjalan kajian seluruh Negeri
Pelbagai tanaman sudah diselidiki
Namanya terserlah pemimpin agroteknologi.
2. Menjana pengetahuan matlamat MARDI
Kepuasan pelanggan cita-cita kami
Modal insan aset yang tinggi
Bagi mengekal kecekapan dan kompetensi
3. Sungguh cemerlang budaya MARDI
Terserlah di merata pelosok negeri
Mengekalkan keupayaan penyelidikan yang tinggi
Mencapai hasrat para pak tani.
4. Dalam era globasasi kini
Persaingan sengit memang teruji
Ada kalah ada yang rugi
MARDI tetap sukar ditandingi
5. Duhai dikau generasi baru
Jagalah MARDI seperti dirimu
Nilai integriti sangatlah perlu
Agar institut dihormati selalu.
Friday, March 12, 2010
Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas

Tajuk Cermah :Transformasi Pemikiran – Bertindak Perkhidmatan Awam Menjamin Keutamaan Pencapaian
Penceramah Utama: Dato Seri Abdul Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Kesimpulan yang dapat diambil dari perspektif saya:
1. Apa yang penting ialah kehidupan rakyat, rakyat samada lebih baik dari hari ini dan esok lebih baik dari hari ini.
2. Para penjawat awam mestilah melakukan lonjakan paradiqma untuk membantu kesejahteraan rakyat.
3. Kerajaan telah menggariskan falsafah induk iaitu Rakyat di Utamakan Pencapaian Di Dahulukan yang merentasi kaum, ugama serta ideologi dibantu dengan 4 teras utama iaitu Transformasi fikiran – bertindak, Modal Ekonomi Baru, NKRA dan RMK10.
4. Negara mesti berpindah dari Negara berpendapatan sederhana ke Negara berpendapatan tinggi.
5. Selain itu, ‘cross-fertilization’ iaitu perpindahan penjawat swasta yang berketrampilan ke penjawat awam untuk memacu ekonomi Negara.
6. IPTA mestilah mengeluarkan modal insan yang berkualiti dimana akan wujud “paragon of excellence”.
7. Penjawat awam mestilah mempunyai budaya kreatif dan cepat bertindak pantas serta nilai untuk wang dan nilai integriti hendaklah diterapkan ke dalam penjawat awam dimana penjawat awam menjadi khadam kepada pemasalah awam (custodial of public interest).
8. Penjawat awam diibaratkan seperti keluarga besar jangan ada pemikiran silo iaitu terpisah dan jumud menyebabkan kerugian kepada rakyat.
9. Firman dalam An:Nisa:59 hendaklah dikuti dan bersungguh-sungguh bekerja semoga berjaya.
0 comments:
Post a Comment