TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI (7 hb Januari 2011 bersamaan 2 Safar 1432H).
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Yang di Muliakan Timbalan Pengurus Stesen
Yang di Muliakan Penolong Pegawai Penyelidik
Yang di Muliakan Ketua Pengawal Keselamatan
Yang di Muliakan Barisan Penyelia-Penyelia
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
PENDAHULUAN
1. Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita semua sekali lagi berkumpul di stesen ini untuk bersama-sama menjayakan Perhimpunan Stesen MARDI Ibu Pejabat buat kali pertama bagi tahun 2011.
2. Tidak terlambat juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan Selamat Menyambut Tahun Hijrah 1432H kepada tuan-tuan dan puan-puan.
3. Saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat serta menyampaikan arahan-arahan terkini dari pihak atasan serta membincangkan beberapa isu yang berkaitan rapat yang perlu kita di laksanakan dan dijayakan.
4. Pengurusan Atasan MARDI dalam amanat nya telah mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua kakitangan serta stesen kerana telah dapat menjayakan MAHA 2010 pada tahun lepas. Seperti dimaklumkan pengunjung MAHA kali ini telah melepasi sasaran 2.5 Juta orang. Kakitangan yang terlibat juga telah merasa imbuhan yang diberikan.
5.Bajet 2011
Pihak Stesen baru saja menerima peruntukan bajet 2011. Bajet kali ini lebeh kurang sama dengan tahun lepas. Maka langkah-langkah jimat cermat akan di jalankan. Pihak stesen sedang dan akan mengambil langkah berbelanja secara berhemah supaya bajet yang ada digunakan sebijak mungkin. Ini terutama nya dalam kerja lebih masa, perjalanan dan pengangkutan (T &;T) penggunaan bahan api, utiliti dan lain. Walaubagaimanapun perbelanjaan terhadap baja,racun kimia dan bahan alat gantian yang mustahak tidak dapat tidak hendaklah di buat. Selain itu, pihak stesen telah juga menghadkan perbatuan setiap kakitangan supaya tidak melebehi bajet yang disediakan.
6. Tuntutan kenderaan melebehi 12 hari sebulan (RM120.00) .
Pihak Stesen akan membuat perakuan seseorang kakitangan itu layak atau menerima emolumen sebanyak RM120 bulan seperti mana Pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak JPA baru baru ini. Kita masih menunggu pemakluman dari Sumber Manusia samada bayaran itu dibuat terus dari stesen atau terus dimasukkan kedalam slip gaji. Saya kira penyelia penyelia mempunyai peranan yang mustahak didalam penentuan kelayakan ini supaya dapat dilakukan secara betul dan berhemat.
7. Tuntutan RM 150 sebulan untuk pemandu telah selesai tetapi 11 lagi tuntutan propornationate untuk pemandu jentera masih dalam rayuan. Kita masih menunggu keputusan dari pihak Sumber Manusia. Saya berdoakan tuan tuan akan dapat.
8. Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2010
Untuk makluman pihak stesen sedang mengisi borang SKT secara on-line untuk semua kakitangan. Didapati ada pihak yang belum berbuat demikian. Selain itu tuan/puan dikehendakki mengisi Borang Penilaian Prestasi tahunan untuk pihak pengurusan membuat penilaian. Samada layak mendapat
Anugerah Perkhidmatan Cemerlangan (APC) atau anjakan gaji dan sebagainya.
Pihak stesen akan mengadaka Mesyuarat Pengurusan Stesen dan akan mengadakan satu retreat dimana penilaian tahunan akan dijalankan.
Pihak stesen akan merekomenkan sesiapa sahaja yang layak dan pada tahun ini kemungkinan mereka yang telah dapat APC walaupun sudah dapat tahun lepas.Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada Jawatan Kuasa di peringkat MARDI untuk menentukannya.
8.Kursus Dalaman
Pihak stesen dari masa kemasa ingin meningkatan prestasi atau output kakitangan. Latihan dalam akan diadakan didalam bidang tertentu supaya dapat meningkatkan kecekapan dan keyakinan diri untuk bekerja. Pihak Sumber Manusia telah memperuntukkan stesen sebanyak RM 4,000 bagi tujuan latihan kakitangan. Oleh itu kita akan mengatur kursus kursus untuk kakitangan dimana difikirkan perlu.
9.Pemeriksaan Kesihatan.
Kakitangan yang mempunyai risiko tinggi dalam kerja kerja harian seperti meracun, diminta tampil untuk membuat pemeriksaan kesihatan sekurangnya 2 kali setahun.
10.Pencapaian Tahap Kecekapan (PTK)
Bermula pada tahun ini tidak ada lagi PTK. Walaubagaimanapun satu kaedah baru akan keluar tidak lama lagi oleh pihak Sumber Manusia. Format kita masih belum tahu lagi.
11. ISU ISU SEMASA
Beberapa masalah disiplin telah dikenalpasti dikalangan kakitangan stesen Serdang.
a.Masalah tidak dapat menguruskan cuti dengan baik.
Ada dikalangan kakitangan mengambil cuti tanpa memberi tahu MARDI terlebih dahulu. Ada cuti mereka sehingga negatif. Pihak sedang dan akan tindakan seperti lucut hak gaji dan sebagai nya sekiranya difikirkan sesuai.
b. Masalah Keberhutangan yang tinggi.
Adalah didapati terutamanya kes beban hutang semakin bertambah dari 20% hingga 30% di kalangan kakitangan stesen ini. Pihak stesen telah mengeluarkan pekeliling supaya kakitangan yang mempunyai tanggung hutang yang berat iaitu melebehi 60% gaji mereka tidak lagi diperakukan untuk pinjaman. Untuk makluman ada kakitangan yang membawa gaji balik kerumah RM 20.00 sebulan.. ..Ini adalah bagi mengelakkan kakitangan terjumus masalah disiplin. Peraturan dari Bahagian Sumber Manusia telah menyarakan bahawa semua pinjaman yang hendak dibuat samada melalui kerajaan atau swasta mestilah disahkan oleh Bahagian Sumber Manusia sahaja.
c. Masalah lambat datang kerja, ponteng kerja.
Masalah ini dipandang serius oleh pihak stesen terutama mereka yang pulang kerumah waktu tengah hari dan masuk lewat sebelah petang. Sekiranya ada aduan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Perakam waktu eletronik dan kad perakam waktu masih digunakan untuk mencatitkan kedatangan semua staf di pejabat ini.
d.Tuntutan perubatan dan cuti sakit yang diubah.
Pihak stesen memandang serius terhadap kakitangan yang cuba mengubah jumlah tuntutan perubatan dan cuti sakit. Ada segelintir kakitangan didapati berbuat demikian dan tindakan yang setimpal akan diambil terhadap mereka ini.
e. Tidak memakai Pakaian Seragam.
Ramai kakitangan stesen yang tidak memakai pakaian seragam seperti mana yang telah diperuntukkan. Pihak stesen telah membelanjakan hampir RM50,000 untuk pakaian setiap tahun tetapi masih ada mereka yang tidak mahu memakainya. Kalau pihak MARDI tak buat mereka bising, tetapi dah buat tak mahu memakainya.
Perolehan Pakaian Seragam Kakitangan Yang Layak Tahun 2010 Bagi Jawatan Pemandu (Kenderaan & Jentera), Pengawal Keselamatan, PJE, O.Loji & Tukang K juga telah dibuat.
12. Untuk Kakitangan Islam
Saya sebagai ketua disini ingin menyeru dan mengingatkan diri saya dan kepada semua kakitangan Islam agar menjalankan tanggung jawab dan amanah yang telah diberikan samada sebagai seorang Islam ataupun penjawat awam.
PENUTUP
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak demi menjulang nama baik kita. Semoga tahun ini kita dapat berazam untuk bekerja dengan bersungguh lagi. Saya berharap tahun ini akan membawa lebih banyak kejayaan kepada kita semua.
Sekian.
Wabillahitaufiq, walhidayah wassalammualaiukum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment