Friday, July 12, 2013

Ketua Pengarah MARDI Ke-8 Bersara

Pada 9hb Julai 2013 seorang lagi Ketua Pengarah MARDI, Dato Abdul Shukur Abd Rahman telah bersara. Beliau merupakan KP MARDI yang lapan. Sempena persaraan beliau, satu gerak kerja telah berlangsung di dewan MAEPS. Itu adalah merupakan terakhir beliau sebagai KP.Di bawah kepimpinan beliau MARDI telah sampai kepada satu 'benchmark' yang sangat tinggi dalam prestasinya didalam dan luar negara. Selain, itu satu nama orkid  baru telah dinama sempena nama beliau iaitu Renantanda Datuk Abd Shukor.
Ucapan terakhir KP MARDI MAEPS




Peejumpaan Pegawai -Pegawai MARDI di MAEPS

Mantan Ketua Pengarah MARDI Dato Abd Shukur Abd Rahman

Orkid baru Ranantanda

Orkid baru


Wednesday, May 15, 2013

Mesyuarat TWG (Technical Working Group) MARDI-Jabatan Pertanian (DOA)

Kumpulan kerja subsektor Buah-Buahan diantara MARDI-DOA telah mengadakan mesyuaratnya  di Alor Star. Mesyuarat ini ditubuhkan khususnya membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan industri buah-buahan di negara ini.
Antara buah-buahan dibincangkan
1.Nanas
2.Belimbing
3.Betik
4.Nangka
5.Rock melon
6.Rambutan.

Seterusnya mesyuarat membincangkan aktiviti-aktiviti yang hendak dijalankan pada tahun ini.

Selepas mesyuarat ahli-ahli jawatankuasa membuat lawatan ke projek-projek pertanian di sekitar Kedah.


TENTATIF MESYUARAT DAN LAWATAN TWG MARDI DOA 2
14 MEI 2013

9.00 pagi – 12.30 tengahari                -  Mesyuarat Jawatankuasa Kerja TWG MARDI DOA 2 Bil 2/2013

12.30 tengahari – 2.30 petang            - Rehat

2.30 petang – 5.00 petang               -  Lawatan Projek Tanaman Betik dan Pisang di Kedah Agro 
                                                             Valley (Exotic Star Plantation Sdn. Bhd)

15 MEI 2013        
Lawatan ke Kilang Nanas Merbok, Sg. Petani Kedah

8.30am – 9.30 pagi                               - Pengenalan dan pertunjukan video:
a)       Agrotek-nanas diladang
b)       Agrotek- proses nanas

9.30-10.00 pagi                                    - Lawatan dalam kilang
-  Aktiviti pemprosesan produk hiliran 
-  Aktiviti MP nanas

10.00-10.30 pagi                                             - Perbincangan

10.30 pagi                                                         -  Ujirasa produk Nanas Merbok

11.00 pagi                                                         - Lawatan ladang


Saturday, February 9, 2013

Audit ISO

Pengauditan keatas salah sebuah milik proses telah dijalankan. Seperti mana yang telah dirancang pengauditan telah berjalan lancar. Saya sebagai ketua pasukan audit telah memulakan  pengauditan keatas pemilik proses Latihan Induksi dan Pengajian Dalam dan Luar Negara. Seperti biasa setiap carta alir didalam dokumen perlu diteliti dan difahami sebelum senarai semak dilakukan. Pengauditan dijalankan oleh ahli audit yang iaitu En Joehan Syarif Hj.Rahim dan En. Lim Ah Hong. Kami mendapat kerjasama yang baik dari pihak auditee. Hampir sehari setengah kami menjalankan pengauditan. Buat pertama kali dalam pengauditan saya, proses ini TIDAK mempunyai ketakakuran (tidak ada NCR), cuma beberapa penelitian sahaja yang perlu ditambahbaik.

Segala borang yang berkaitan akan dihantar kepada uruusetia setelah semua perkara ditandatangi.
Dr. Zainudin Haji Meon  sedang mengadakan mesyuarat penutup (exit meeting) dengan  pihak auditee setelah pengauditan dijalankan.


Sunday, February 3, 2013

Pengauditan MS:ISO 9001

Tahun ini sekali lagi saya terpilih untuk menjadi auditor. Tiap-tiap tahun mereka suruh saya jadi ketua. Mahu tak mahu kena buat. Buat apa saja yang mereka suruh, kerja ini merupakan kerja tambahan sebagai seorang penyelidik. (Kalau nak berhenti kena tulis kepada Ketua Pengarah,nyatakan sebab nak berhenti). Sebelum membuat pengauditan kita kena membuat persiapan dahulu. Inilah checklist '11 kena' buat.

1. Kena hubungi auditee. Tentukan bila dan waktu
2. Kena study proses-proses didalam dokumen
3. Kena buat senarai soalan berkaitan proses
4. Kena buat mesyuarat pembukaan
5. Kena study bukti
6. Kena masukkan perincian kalau ada bukti.
7. Kena buat OFI/NCR
8. Kena buat audit susulan.
9. Kena ambil tandatangan boss/Pengarah berkaitan
10. Kena buat laporan lengkang, beberapa OFI/NCR, atau major
11.Kena hantar laporan dalam tarikh yang ditentukan.    

Bengkel Kecemerlangan Pusat Hortikultur


BENGKEL KECEMERLANGAN PUSAT PENYELIDIKAN HORTIKULTUR 2013
TEMPAT: EQUATORIAL HOTEL BANGI
TARIKH: 9-10 JANUARI 2013

JADUAL PROGRAM

Masa
                                 Program
12.30-2.00pm
Pendaftaran/Makan tengah hari
2.00-2.10pm
2.10-2.15pm
Ucapan Pengerusi
Bacaan Doa
2.15-4.00pm
Motivasi Kecermelangan: Budaya Cemerlang Meningkatkan Produktiviti (En.Md. Taib Mat, MTM Consultants Malaysia)
4.00-5.30pm
Motivasi Kecemerlangan : Kerja Berpasukan dalam Organisasi (E.Suhaimi Ahmad, National Productivity Centre)
5.30 -5.45
Minum Petang/ Bersurai

TARIKH : 10 JANUARI 2013 (KHAMIS)
Masa                                                          Program
8.00-9.00am
Amanat Tahun Baru Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur 
9.00-9.45am
Taklimat Bahagian Pengurusan Kewangan MARDI
(SPE dan Perolehan)
9.45-10.00
Minum Pagi
10.00-10.45
Taklimat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MARDI
(Kemajuan Kerjaya dan Latihan)
10.45-11.15
Pencapaian dan Perancangan Penyelidikan Timbalan Pengarah HR01
11.15-11.45
Pencapaian dan Perancangan Penyelidikan Timbalan Pengarah HR02
11.45-12.15
Pencapaian dan Perancangan Penyelidikan Timbalan Pengarah HR03
12.15-1.00
Pencapaian dan Perancangan Penyelidikan Timbalan Pengarah HR04
1.00-2.15
Makan Tengah Hari/Solat Zohor
2.15-3.00
Soal Jawab (1)
3.00-4.00
Amanat Tahun Baru oleh Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan)
4.00-5.30
Soal Jawab (2)
5.30-6.00
Minum Petang/Bersurai



SENARAI AHLI JAWATANKUASA BENGKEL
PENASIHAT                   :        Y.M. Tengku Ab. Malik Tengku Maamun
PENGERUSI                   :        Dr. Haji Zainudin Hj.Meon
TIMB.PENGERUSI          :        Dr. Abd. Rahman Milan
AHLI JAWATAN             :        En. Omar Rahim
 KUASA                                   Pn.  Farah Zaidat Mohd Nadzri
                                               Cik  Farahzety Abd. Mutalib
                                               Cik  Noor Faimah Ghazali
                                               En.  Helmey Othman
                                               En.  Md.Nur Khalid Koyube
                                               En.  Wan Mohd Reza Ikwan Wan Hussin
                                               En.  Mohd Kamal Tajudin
                                               Cik Noor Sabrina Shaniza Saiin
                                                Pn.  Roslina Abd.Ghani
                                                En.  Izham Aji
                                                Tn.  Syed Abbas.



Monday, March 19, 2012

KURSUS KEFAHAMAN DAN TATACARA PENGAUDITAN UNTUK JURUAUDIT AUDIT KUALITI DALAMAN MS ISO 9001:2008

Kursus kefahaman pengauditan telah di adakan di Kota Bharu dari 15-17 Mac 2012 yang lalu. Hampir 71 orang telah di jemput oleh pihak Sumber Manusia MARDI walaubagaimanapun ramai tak dapat menghadirkan diri kerana masalah masalah tertentu. Kursus ini memang diadakan pada setiap tahun khususnya kepada mereka telah berpengalaman menjalankan pengauditan, dimana kursus  cuba memberi peringatan yang penting terutama klausa klausa yang hendak di gunapakai dalam sesuatu proses pengauditan. Alhamdullilah pada tahun tahun yang lepas dan terdahulu MARDI telah berjaya mendapat status yang terbaik dari segi pengauditan oleh pihak SIRIM, dan sijil ISO memang menjadi salah satu identiti kualiti kepada organisasi.


Sebahagian peserta kursus pengauditan, Ketua Juruadit MARDI, En Azunan dan Pn Wan Sariyah 

Peserta kursus En.Razali , Dr.Zainudin dan Dr.Omran, Tn.Hj Abu Kassim (sudut belakang).

Peserta peserta kursus audit d Kota Bharu

Teknik teknik untuk memberi ketakakuran, NCR atau OFI!

En.Azhar penceramah dari EQMA ,simple dan joking orangnya 

Rajah punca sebenar NCR

Peserta kursus berehat dan minum petang,


Kursus tersebut telah di jalankan oleh sebuah syarikat pengurusan, EQ Management Associates yang berpengkalan di Petaling Jaya. Kursus kali ini di beri penekanan kepada aspek  klausa klausa mengikut 'mind map'. Pendekatan yang kami mula mula pelajari  dahulu mengikuti ialah klausa mengikut proses. Ini sedikit sebanyak memberi pengetahuan baru kepada kami. Walaubagaimanapun ini tidak menjadi masalah kepada kami kerana kita telah faham akan faham konsep konsep nya terdahulu.


Apa yang perlu bagi setiap auditor ialah jangan mencari kesalahan manusia tetapi mencari mana mana proses yang tidak dijalankan di dalam prosedur. Apa yang penting mesti ada bukti, rekod, laporan , gambar , pemerhatian dllg semasa menjalankan pengauditan.  Jangan lah sesuka hati hendak memberi NCR atu OFI. Kalau proses tersebut akur, lapurkan akur. Seseorang auditor mestilah tahu 5 prinsip audit.


1.Kelakuan beretika
2.Kewajaran penyampaian
3.Menjaga profesionalisme
4.Berkecuali
5.Pendekatan berdasarkan bukti.


Sebagai ulangan seseorang auditor itu hwndaklah tahu keperluan struktur satandard ISO 9001:2008.
1.Skop
2.Rujukan Normatif
3.Istilah dan Definasi
4.Sistem Pengurusan Kualiti
5.Tanggungjawab Pengurusan
6.Pengurusan Sumber
7.Realisasi Produk
8.Pengukuran,Analisis dan Penambahbaikan.


Selain menjalankan pengauditan terhadap proses, kita juga boleh menggunakan teknik pengauditan didalam kerja seharian kita.Ini kerana setiap orang yang ada menjalankan kerja kerja pengurusan atau mengendalikan projek hendaklah tahu akan  turutan turutan yang terkandung  didalam sesuatu kerja itu. Ini termasuk dokumen, perolehan, pengukuran, analisis dan penambaikan.




Selamat Menjalankan Pengauditan pada tahun 2012.


Segala pertanyaan boleh dikemukakan kepada    zainudinhaji@gmail.com


Blog saya yang lain di 
http://reddragonfruits.blogspot.com/ 

http://about-heliconia.blogspot.com/
http://zainudinhajimeon.blogspot.com/






  

0 comments:

Post a Comment