Friday, July 22, 2011

Ucapan Pengurus Stesen Kali Kedua Tahun 2011

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI (22 hb Julai 2011 bersamaan 22Syaaban 1432H).




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Yang di Muliakan Timbalan Pengurus Stesen


Yang di Muliakan Penolong Pegawai Penyelidik


Yang di Muliakan Ketua Pengawal Keselamatan


Yang di Muliakan Barisan Penyelia-Penyelia


Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,


1. Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita semua sekali lagi berkumpul di stesen ini untuk bersama-sama menjayakan Perhimpunan Stesen MARDI Ibu Pejabat buat kali kedua bagi tahun 2011.


2. Tidak terlambat juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada yang telah berjaya naik pangkat dan mendapat Anugerah Pencapaian Cemerlang serta Anjakan Gaji. Serta mengucapkan selamat datang kepada En.Abdullah Salleh ,Penolong Pegawai Tadbir bagi menggantikan En.Nik Mohd.Adib Ghazali yang telah ditukarkan ke Pusat Sumber Manusia.

3. Pengurusan Atasan MARDI telah mengucapkan setinggi –tinggi terima kasih dan penghargaan kepada kakitangan stesen yang terlibat didalam perasmian stesen MARDI Tambun Tulang di Perlis dan Stesen MARDI Muadzam Shah, Pahang.


4. Saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat serta menyampaikan arahan-arahan terkini dari pihak atasan serta membincangkan beberapa isu yang berkaitan rapat dengan stesen.


5. Pengambilan pekerja baru seramai 24 orang. Seramai 18 orang telah bersara pada tahun ini termasuk Mandor, Pegawai Keselamatan, Pemandu, Tukang, dan pekerja am.


Diharap penyelia –penyelia akan dapat membimbing pekerja2 baru ini kearah pekerja cemerlang dan dedikasi. Selain itu, permohonan penggantian lima (5) jawatan R4 perlu dibuat segera dengan pihak Pusat Pengurusan Stesen


6.Cuti Sakit. Pihak Stesen masih mengesan ada kakitangan yang memalsukan cuti sakit dengan tandatangan pegawai perubatan. Perbuatan ini adalah di pandang serius dan boleh di ambil tindakan di bawah Akta Badan Berkanun 605 yang membawa hukuman Buang Kerja.


7. Dimaklumakan juga dua (2) kafeteria telah beroperasi. Diharap kakitangan dapat makan minum di dalam stesen . Selain itu , tujuan mengadakan kafeteria ini adalah untuk mencegah staf keluar merata mencari makan/minum diluar pejabat. Diharap tidak ada masalah datang lewat atau sebagainya di kemudian hari.Harap tuan/puan menjaga masa supaya tidak terlama di kafetaria tersebut.


8.Mesin perakam waktu. Pihak stesen telah bincang dengan vendor untuk set swmula perakam waktu di tempat PRA dan Pengawal.


9.Hari Keluarga 2012 akan diadakan di Port Dickson. Borang borang akan diedar kepada sesiapa yang berminat boleh membawa keluarga bersama. Ambil lah peluang kali ini supaya dapat sama sama berehat dan bergembira bersama keluarga dan anak anak.




10.Pakaian Seragam: Untuk uniform tahun 2011 stor akan ambil kain dan akan buat segera. Arahan kena siap sebelum april 2011.Kain pekerja sudah dapat dan tunggu untuk anugerah sebutharga


Tindakan awalan pertanyaan harga daripada pembekal sudah dibuat . Minit ceraian perolehan akan dibuat . Sementara diharap kakitangan memakai pakaian seragam sentiasa apabila datang bekerja.






11. Staf bermasalah: Mohd Azmi telah dipanggil berjumpa dengan PS. Ada sedikit perubahan. Shahrizal sering tidak hadir. Surat berdaftar akan dihantar


Ariffin Othman semakin serius – Surat laporan kepada J/kuasa tatatertib telah dihantar untuk tindakan seterusnya.


Sijil Sakit dari hospital diragui kebenarannya kerana siri no. resit yang dikeluarkan hampir tetapi lat tarikhnya jauh berbeza – Kes ini dalam perhatian.






12.Perlantikan dan Pertukaran.:Pertukaran Pengurus Stesen.Pada 1hb Ogos 2011 saya tidak lagi menjadi Pengurus disini. Oleh itu diharap tuan/puan dapat memberi sepenuh kerjasama kepada Pengurus yang baru yang bernama En.Zainudin Zainol.Teruskan kerja kerja tuan/puan dan bekerja didalam satu pasukan.Bagi saya dimana bumi dipijak disitu langit di junjung.


13. Akhir kata; saya ingin mengucapkan ribuan maaf dan ampun sekiranya didalam pengurusan dan pentadbiran saya, terlepas pandang, terlepas cakap dan lain lain yang tidak enak di rasa saya memohon maaf daripada tuan/puan. Teguran serta tindakan saya adalah mengikut tanggungjawab dan amanah yang telah di berikan selama ini.






Dari Daik pulang ke Daik


Sehari hari berkebun pisang


Budi baik dibalas baik


Dalam hati dikenang orang;






Dari mana hendak kemana;


Tinggi rumput dari padi;


Hari mana bulan mana;


Dapat kita bersama lagi.






Dengan itu saya sudahi ucapan saya dengan wal billah taufik wal hidayah , wassallamalaiukum wrt. SELAMAT BERPUASA.

Monday, May 30, 2011

Mesyuarat Keselamatan Ibu Pejabat


Anggota angota keselamatan yang menjalankan tugas tugas keselematan,pemantauan, dan pengawasan kawasan, harta dan perimeter MARDI Ibu Pejabat. Pengurus Stesen Dr.Zainudin Haji Meon, Timbalan Pengurus  En.Ahmad Hashim , Pen.Peg.Tadbir En. Nik Adib dan Ketua Pegawai Keselamatan En.Razali Suhid.
Pengawal keselamatan adalah pasukan yang terpenting dalam menjaga keselamatan, pemantauan harta/aset , kawasan dan perimeter supaya tidak dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.Kawasan dan harta tetap dan alih mestilah di kawal rapi 24 jam sudah tidak ada kehilangan. Pasukan keselamatan kami bertanggung menguruskan pelanggan keluar-masuk, menyediakan borang pelanggan dan membuat rondaan disekeliling kawasan hampir 1000 ekar dan 60 buah bangunan kecil dan besar.

Thursday, May 26, 2011

Kerja Harian Pengurus

Selain dari menghadiri mesyuarat pengurusan, mesyuarat keselamatan, mesyuarat asset dan harta alih, mesyuarat dengan PTJ2, mesyuarat  persatuan, mesyuarat berkala pengurus-pengurus, seorang pengurus mempunyai tanggung jawab yang mustahak iaitu memastikan kawasan di bawah jagaan nya terkawal. 




Setiap hari pengurus memastikan kawasan hendaklah bersih, rumput di potong, longkang bersih dan jalan disapu supaya kawasan kelihatan cantik dan indah.

 My routine work is to see the surroundings is well -kept clean and tidy. Grasses, drains and roads are clean to ensure a health and safe environment. A report will made if there is any neccessary requirement of the place is needed.
Kawasan tanaman hendaklah bersih , kalau semak hendaklah diambil tindakan supaya rumput rampai dibuang, kalau tidak kawasan akan kelihatan hodoh dan tidak cantik 
Places with full of grasses will reported to person responsible to take action as soon as possible, to ensure the experimental areas /plots are not left abandoned.
Ini adalah pokok Strelitzia alba, adik beradik Bird of Paradise. Bunga nya besar bewarna putih seperti paruh burung, bunga sangat tahan dan unik.

This is Strelitzia alba, a family of Strelitziceae. This plant flowers yearly and its flower is peak-like, big and can withstand on its tree for 2-3 months.
Pengurus juga melihat kesihatan pokok secara dekat sambil diperhatikan mereka yang datang
Sometimes I checked thoroughly the plants to see if there are any malnutrition, diseases or insect attack. From there, I will take action what to do.
Ini adalah pokok Lopenthera atau Golden Chain-bunga nya kuning bergantung panjang berjurai jurai apabila ditiup angin.Pokok ini sangat rajin berbunga. Bunga ini adalah favourite pengurus.
This is my favourite tree plant. I brought it to this place about 5 years ago.It is free flowering plant that flowers all the year round. The  flowers is pendent  yellow like golden chain-unique.

Kawasan landskap di bulatan Mosemen (sempena nama KP MARDI yang pertama).Kawasan ini sentiasa dijaga dan kemas.

The picture above was taken at roundabout Moseman (name after MARDI's DG). This area must always be clean and well managed.

Pengurus menulis artikel-artikel teknikal dan membaca emel setiap hari serta menjawap emel dari dalam dan luar negeri termasuk update blognya.
I used to check my emails everyday and also write technical papers. As a researcher cum manager you are obliged to do so, otherwise your ideas, creativity and innovation will be slowly lost. Most people have computers in their offices (and proud of having one) but could not produce any papers be popular, semi-technical or technical write-ups. Some papers which I have written can be found here  http://cvbiodata.blogspot.com/ and http://www.scribd.com/doc/49857328/Penanaman-Buah-Naga-di-Malaysia-Zainudin-Meon

Pengurus  menggunakan  kenderaan empat pacu roda (four wheel drive) untuk memantau kawasan -kawasan sekitar.Kenderaan ini sangat lasak dan mudah dikendali.
I used to drive 4X4 truck  to monitor and travel around the farms. This truck is very rugged and can go on very tough roads and muddy areas. Those are not used to drive on this makes the body vibrate and trembles..

Saturday, May 14, 2011

Aktiviti Aktiviti Yang Sempat DiRakamkan Sepanjang Februari hingga Mei 2011


Lawatan PM Najib ketempat gulai terbesar sempena Hari Penternak,Petani dan Nelayan di MAEPS,Serdang


Kumpulan atau team masak dari MARDI berpakaian merah dan apron jingga serta bertopi.Menu pada hari tersebut gulai kawah lembu, kari kambing,kobis bersantan, pajeri nenas,ikan masin dan jelatah.


Dewan A di MAEPS boleh memuatkan 10,000 orang untuk makan.

Makan malam bersama Ketua Pengarah MARDI dan isteri serta di hadiri bersama pegawai pegawai lain.


K.S.U. Kem.Pertanian Datuk Hashim Abdullah turut serta mesngacau lauk gulai kawah di dapur masak MARDI.

Pengurus Stesen bermesyuarat dengan staf staf stesen sempena Mesyurat Pengurusan Stesen. 


Lawatan Pengerusi Lembaga MARDI Dato Mokhtar Ismail ke Stesen MARDI Kundang. Bersama pegawai ialah En.Manan, En Zainudin Topandi,En.Rodzi dan Dr.Zainal Abidin Hassan Pengarah MARDI Selangor

Lawatn ke kebun rambutan untuk melihat status tumbesaran


Menjalankan audit ISO:9000 2010 keatas Audit Dalam MARDI bersama Pn.Zaiton Abdullah dari Pusat Kewangan dan Pn.Hanisa dari RIC.Gambar bersama En.Azunan Ketua Unit Audit Dalam MARDI.


Menjalan verifikasi dan aset stok di Pusat RIC.

Bengkel penulisan untuk KPSL. Hadir bersama Dr.Md Roff dan En Jamaludin Jaya di Pusat MTBIC


Pemandangan dari Masjid Negara Kuala Lumpur sempena kursus umrah.Kami akan menjalankan ibadah umrah dan ziarah pada 1 hingga 13 Jun 2011

Bengkel Standard Kompetensi Pekerjaan di Pusat Latihan MARDI.Fasilitator ialah Pn. Fatimah Md Zaway dan Pn.Raziah,



Lawatan ke National Institute of Occupational Safety dan Health ( NIOSH ) di Bangi. Gambar bersama Ketua Pengarah NIOSH Ir.Hj Rusli Husin, En Kusni Puasa dan Tn Hj.Khairudin Pamuji.
 Oleh kerana kesibukan masa saya hanya dapat muat turun gambar gambar aktiviti yang dilalui sepanjang bulan Feb,Mac,April dan Mei 2011.

Thursday, January 27, 2011

Seminar Penghayatan Dasar Kerajaan

Satu seminar telah diadakan di MAEPS pada 27hb Januari 2011.Tujuan seminar ini adalah untuk memberi kefahaman dan penghayatan terhadap Dasar Dasar  Kerajaan yang baru diperkenalkan kepada penjawat awam terutama pegawai pegawai kanan MARDI. Seminar  ini telah di hadiri  seramai 550 orang .



Sebanyak tujuh tajuk kertas kerja dibentangkan.

1. Gagasan 1 Malaysia:Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi di Kalangan Penjawat Awam

2.Model Ekonomi Baru (MEB)

3.Program Transformasi Ekonomi (ETP)

4.Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA)

5.Rancangan Malaysia ke-10 :Fokus dan Sumbangan Dalam Sektor Pertanian

6.Transformasi Sektor Pertanian dan Dasar Pertanian Negara (DPN)

7.Perlaksanaan dan Sasaran Projek Agro-Makanan.



Thursday, January 6, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

TEKS UCAPAN PERHIMPUNAN BULANAN OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI (7 hb Januari 2011 bersamaan 2 Safar 1432H).




Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Yang di Muliakan Timbalan Pengurus Stesen


Yang di Muliakan Penolong Pegawai Penyelidik


Yang di Muliakan Ketua Pengawal Keselamatan


Yang di Muliakan Barisan Penyelia-Penyelia






Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,






PENDAHULUAN






1. Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita semua sekali lagi berkumpul di stesen ini untuk bersama-sama menjayakan Perhimpunan Stesen MARDI Ibu Pejabat buat kali pertama bagi tahun 2011.






2. Tidak terlambat juga saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan Selamat Menyambut Tahun Hijrah 1432H kepada tuan-tuan dan puan-puan.






3. Saya ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat serta menyampaikan arahan-arahan terkini dari pihak atasan serta membincangkan beberapa isu yang berkaitan rapat yang perlu kita di laksanakan dan dijayakan.






4. Pengurusan Atasan MARDI dalam amanat nya telah mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua kakitangan serta stesen kerana telah dapat menjayakan MAHA 2010 pada tahun lepas. Seperti dimaklumkan pengunjung MAHA kali ini telah melepasi sasaran 2.5 Juta orang. Kakitangan yang terlibat juga telah merasa imbuhan yang diberikan.










5.Bajet 2011






Pihak Stesen baru saja menerima peruntukan bajet 2011. Bajet kali ini lebeh kurang sama dengan tahun lepas. Maka langkah-langkah jimat cermat akan di jalankan. Pihak stesen sedang dan akan mengambil langkah berbelanja secara berhemah supaya bajet yang ada digunakan sebijak mungkin. Ini terutama nya dalam kerja lebih masa, perjalanan dan pengangkutan (T &;T) penggunaan bahan api, utiliti dan lain. Walaubagaimanapun perbelanjaan terhadap baja,racun kimia dan bahan alat gantian yang mustahak tidak dapat tidak hendaklah di buat. Selain itu, pihak stesen telah juga menghadkan perbatuan setiap kakitangan supaya tidak melebehi bajet yang disediakan.










6. Tuntutan kenderaan melebehi 12 hari sebulan (RM120.00) .






Pihak Stesen akan membuat perakuan seseorang kakitangan itu layak atau menerima emolumen sebanyak RM120 bulan seperti mana Pekeliling yang telah dikeluarkan oleh pihak JPA baru baru ini. Kita masih menunggu pemakluman dari Sumber Manusia samada bayaran itu dibuat terus dari stesen atau terus dimasukkan kedalam slip gaji. Saya kira penyelia penyelia mempunyai peranan yang mustahak didalam penentuan kelayakan ini supaya dapat dilakukan secara betul dan berhemat.






7. Tuntutan RM 150 sebulan untuk pemandu telah selesai tetapi 11 lagi tuntutan propornationate untuk pemandu jentera masih dalam rayuan. Kita masih menunggu keputusan dari pihak Sumber Manusia. Saya berdoakan tuan tuan akan dapat.






8. Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2010






Untuk makluman pihak stesen sedang mengisi borang SKT secara on-line untuk semua kakitangan. Didapati ada pihak yang belum berbuat demikian. Selain itu tuan/puan dikehendakki mengisi Borang Penilaian Prestasi tahunan untuk pihak pengurusan membuat penilaian. Samada layak mendapat


Anugerah Perkhidmatan Cemerlangan (APC) atau anjakan gaji dan sebagainya.






Pihak stesen akan mengadaka Mesyuarat Pengurusan Stesen dan akan mengadakan satu retreat dimana penilaian tahunan akan dijalankan.






Pihak stesen akan merekomenkan sesiapa sahaja yang layak dan pada tahun ini kemungkinan mereka yang telah dapat APC walaupun sudah dapat tahun lepas.Walaubagaimanapun ia tertakluk kepada Jawatan Kuasa di peringkat MARDI untuk menentukannya.






8.Kursus Dalaman






Pihak stesen dari masa kemasa ingin meningkatan prestasi atau output kakitangan. Latihan dalam akan diadakan didalam bidang tertentu supaya dapat meningkatkan kecekapan dan keyakinan diri untuk bekerja. Pihak Sumber Manusia telah memperuntukkan stesen sebanyak RM 4,000 bagi tujuan latihan kakitangan. Oleh itu kita akan mengatur kursus kursus untuk kakitangan dimana difikirkan perlu.






9.Pemeriksaan Kesihatan.






Kakitangan yang mempunyai risiko tinggi dalam kerja kerja harian seperti meracun, diminta tampil untuk membuat pemeriksaan kesihatan sekurangnya 2 kali setahun.






10.Pencapaian Tahap Kecekapan (PTK)






Bermula pada tahun ini tidak ada lagi PTK. Walaubagaimanapun satu kaedah baru akan keluar tidak lama lagi oleh pihak Sumber Manusia. Format kita masih belum tahu lagi.






11. ISU ISU SEMASA






Beberapa masalah disiplin telah dikenalpasti dikalangan kakitangan stesen Serdang.






a.Masalah tidak dapat menguruskan cuti dengan baik.






Ada dikalangan kakitangan mengambil cuti tanpa memberi tahu MARDI terlebih dahulu. Ada cuti mereka sehingga negatif. Pihak sedang dan akan tindakan seperti lucut hak gaji dan sebagai nya sekiranya difikirkan sesuai.






b. Masalah Keberhutangan yang tinggi.


Adalah didapati terutamanya kes beban hutang semakin bertambah dari 20% hingga 30% di kalangan kakitangan stesen ini. Pihak stesen telah mengeluarkan pekeliling supaya kakitangan yang mempunyai tanggung hutang yang berat iaitu melebehi 60% gaji mereka tidak lagi diperakukan untuk pinjaman. Untuk makluman ada kakitangan  yang membawa gaji balik  kerumah RM 20.00 sebulan.. ..Ini adalah bagi mengelakkan kakitangan terjumus masalah disiplin. Peraturan dari Bahagian Sumber Manusia telah menyarakan bahawa semua pinjaman yang hendak dibuat samada melalui kerajaan atau swasta mestilah disahkan oleh Bahagian Sumber Manusia sahaja.






c. Masalah lambat datang kerja, ponteng kerja.






Masalah ini dipandang serius oleh pihak stesen terutama mereka yang pulang kerumah waktu tengah hari dan masuk lewat sebelah petang. Sekiranya ada aduan kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya.






Perakam waktu eletronik dan kad perakam waktu masih digunakan untuk mencatitkan kedatangan semua staf di pejabat ini.






d.Tuntutan perubatan dan cuti sakit yang diubah.






Pihak stesen memandang serius terhadap kakitangan yang cuba mengubah jumlah tuntutan perubatan dan cuti sakit. Ada segelintir kakitangan didapati berbuat demikian dan tindakan yang setimpal akan diambil terhadap mereka ini.






e. Tidak memakai Pakaian Seragam.


Ramai kakitangan stesen yang tidak memakai pakaian seragam seperti mana yang telah diperuntukkan. Pihak stesen telah membelanjakan hampir RM50,000 untuk pakaian setiap tahun tetapi masih ada mereka yang tidak mahu memakainya. Kalau pihak MARDI tak buat mereka bising, tetapi dah buat tak mahu memakainya.






Perolehan Pakaian Seragam Kakitangan Yang Layak Tahun 2010 Bagi Jawatan Pemandu (Kenderaan & Jentera), Pengawal Keselamatan, PJE, O.Loji & Tukang K juga telah dibuat.










12. Untuk Kakitangan Islam






Saya sebagai ketua disini ingin menyeru dan mengingatkan diri saya dan kepada semua kakitangan Islam agar menjalankan tanggung jawab dan amanah yang telah diberikan samada sebagai seorang Islam ataupun penjawat awam.






PENUTUP






Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak demi menjulang nama baik kita. Semoga tahun ini kita dapat berazam untuk bekerja dengan bersungguh lagi. Saya berharap tahun ini akan membawa lebih banyak kejayaan kepada kita semua.






Sekian.


Wabillahitaufiq, walhidayah wassalammualaiukum warahmatullahi wabarakatuh.

Monday, December 27, 2010

Mesyuarat Pengurusan Stesen, Kewangan dan Audit

Mesyuarat  tanpa kertas (paperless) tersebut telah diadakan pada 23-25 Disember 2010 di Hotel Equatorial  Cameron Highlands. Antara rumusan dan perbicangan dibuat adalah;

1. Carta Organisasi Stesen  Terbaru  untuk Stesen Serdang dan Kundang
2. My Asset: Penyelengaraan bagi setiap kenderaan perlu di masukkan
3. Pemeriksaan kesihatan -PRA yang berisiko tinggi 2 kali setahun.
4. Menanda petak-petak  penyelidikan mengikut PTJ di Serdang spt: MA & HR
5. Perolehan Pakaian Seragam Kakitangan Yang Layak Tahun 2010 Bagi Jawatan Pemandu (Kenderaan & Jentera), Pengawal Keselamatan, PJE, O.Loji & Tukang K
6. PTK telah di mansuhkan untuk tahun depan. Tunggu arahan terbaru dari SM
7. Update staf bermasaalah;10 orang
8. Pengumuman dari Pusat Sumber Manusia
a. Latihan 7 hari, 40 % tidak pergi kursus. Sebanyak RM4,000 setiap stesen –berkaitan hard skill,ceramah kesihatan,ugama. Lawatan dari Jab. Kesehatan Pekerjaan OSHA dan NIOSH akan mengadakan audit keselamatan fizikal dan lapangan.
b. Manual keselamatan telah keluar . Harap dapat baca.
c. Kes kes keselamatan- MARDI tubuh JK Keselamatan . Surcaj dan tatatertib akan di kenakan sekiranya cuai.
d. HRMIS  bermasalah- sangat lambat; Dikawal diperingkat JPA. SKT boleh di buat dirumah.
e. PS baru dilantik akan diberi latihan.
f. Press statement yang melalui radio,TV. mesti melalui Ketua Pengarah.
g. Penggantian staf.eg. pembantu tadbir.
h. Staf bermasalah. Hutang 95% dari gaji. Hanya SM yang dikeluarkan surat pengesahan untuk bank.
i. Tuntutan perbatuan melebehi 12 hari. SM akan keluarkan penjelasan. PS membuat perakuan.
9.Sewaan tanah- tidak bayar 3 bulan terminate sewaan  dan buat pelapuran kepada JOPTA .
10. Bajet Pembangunan - Sebanyak  RM 1.4 Juta untuk  semua stesen.
11.Cuit tanpa rekod –kuasa kpd PTJ untuk beri  cuti gantian.
12. Mesin Perakam Waktu. 2 senarai nama 7.30-8.00 ; 8.00-5.00. Senarai hantar kpd IS
13. SKT hendaklah di hantar 31hb Disember 2010.
14. Tuntutan propornationate (RM 150 sebulan) untuk pemandu  . SM akan rujuk kepada JPJ
15.Lantikan Pengawal Keselamatan swasta –perlu masukkan elemen insurans.

Kehadiran : Semua Pengurus Stesen di Semenanjung, Sabah dan Serawak.

Mesyuarat telah resmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Pengkomersilan) Tuan Haji Ariffin Tawang dan Pengarah Operasi Kanan Tuan Haji Ahmad Sayuti.
Selain itu mesyuarat telah meraikan bakal pesara dan mengucapkan terima kasih,

1. Tuan Haji Jamadon Bahari -Pengurus Stesen MARDI Kluang dan Pengarah MARDI Johor
2. Tuan Haji Muhamad bin Harun-Pengurus Stesen Tanjong Karang
3.Tuan Haji Tuan Kob bin Tuan Mat- Pegawai Tadbir Kewangan.

0 comments:

Post a Comment