Friday, May 21, 2010

Kursus Pegawai Pengelasan dan Pegawai Keselamatan Pejabat



Saya bersyukur telah menjalani kursus dua setengah hari di Genting Highlands pada 19 hingga 21 Mei 2010, mengenai pengelasan dokumen dan kesalamatan pejabat. Kursus ini telah memberi kami pendedahan terhadap apa itu Rahsia Besar; Sulit, Terhad dan Terkawal dimana dokumen- dokumen ini adalah dokumen Terperingkat. Seseorang penjawat awam samada pengetua, pengurus atau ketua pejabat semestinya tahu akan keselamatan aset dan fizikal pejabat masing -masing. Ini kerana seseorang ketua itu tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. Sekiranya CUAI ; anda boleh boleh disabitkan kesalahan dimahkamah . (Jadinya yang dapat elaun pentadbiran tu... jangan syok saja; anda tertakluk kepada peraturan dan prosedur tertentu)

Kepada mereka yang menjawat jawatan awam yang tinggi samada bos atau lain -lain pangkat di bahagian pengurusan dan pentadbiran elok pergi kursus tersebut yang dianjuran bersama dengan Pejabat Ketua Keselamatan Jabatan Perdana Menteri (PKKJPM) (laman web di http://www.cgso.jpm.my/).

Perlu diketahui bahawa keselamatan pejabat itu dibahagikan kepada beberapa perkara;

1.Aset
2.Fizikal
3.Peribadi.

Kami diberi syarahan oleh penceramah yang berpengalaman iaitu En.Mazlan dan En Norazmi dari PKKJPM. Selain itu kami diberi latihan bagaimana untuk mengisi borang atu buku 492,492A adan 492B. Perkara ini adalah penting bagi seseorang ketua pejabat tahu sebab sebabnya ada implikasi disebaliknya.

Pengelasan dokumen pula ialah bagaimana sesuatu dokumen itu di kelas semula dari sesuatu peringkat. Contohnya dari dokumen Rahsia Besar kepada Sulit; Dari Sulit kepada Terhad dan Terhad kepada Terkawal. Siapa kah orang boleh membuat pengelasan dokumen tersebut?.

Kami juga diberi tahu apa itu Tapisan Keselamatan- Tapisan Halus, Tapisan Kasar.

Setelah mengikuti kursus ini; banyak perkara yang saya simpulkan bahawa dari segi keselamatan pejabat ;

1 Di setiap pejabat mesti ada 'Standard Operating Procedure' atau Manual Kerja Keselamatan
2.Melihat dan mengkaji ruang ruang yang belum diambil tindakan seperti Buku Daftar Sulit,Buku 492,Buku 492A dan B, Buku Daftar Kunci;Tapisan Keselamatan
3.Membuat perincian terhadap keselamatan fizikal seperti grill bilik, alat penggera,CCTV dan lain-lain.
4.Mengkaji apakah ancaman-ancaman yang ada dari segi aset,fizikal dan peribadi.

Akhir kata; RAHSIAKAN RAHSIA.

Sijil Penyertaan Kursus


Monday, May 17, 2010

Sijil Sijil Kursus dan Penghargaan 2009/2010

Sijil sijil kursus ;



Sijil sijil Penghargaan











Selamat Hari Guru 16 Mei 2010

Diucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik pendidik dimana mereka berada samada masih bekerja atau pencen.

Berbagai SMS telah saya baca termasuk begini;

Kepalang menjadi guru;
Sebutir pasir dijadikan intan;
Seketul batu dijadikan berlian;
Sekelas murid dijadi insan;
Seikhlas janji tetap ditunaikan.

'Jadilah
seorang guru yang hadirnya di TUNGGU;
hilangnya di RINDU;
ilmunya diBURU;
nasihatnya di SERU;
tingkahlakunya diTIRU'.

"Ya Allah , insan yang sedang membaca sms ini adalah insan yang sangat hebat kerana dengan peranannya, dia telah membina ramai insn yang hebat seperti diri nya". Amin.

"Guru bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU;
Guru juga kadang kala sepert TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU
Yang pasti guru bagaikan TV9 DEKAT DIHATI;
dan yang paling penting guru juga bagaikan PACKAGE ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA".

Salam hormat kepada semua guru.

Wednesday, May 12, 2010

Ceramah Untuk Kakitangan

Setiap tiga bulan saya akan memberi ucapan didalam perhimpunan kakitangan stesen. Oleh kerana ramai kakitangan dan staf secara berkelumpuk didapati ada mesej yang hendak disampaikan tidak begitu berkesan. Apa kaedah yang saya laukan sekarang ialah memberi ceramah tersebut secara kelumpuk kecil bilangan iaitu 30-40 orang sekali secara bersemuka.Lagi pun saya tak ingat nama dan muka mereka yang ramai itu. Jadi saya berusaha untuk menerangkan ceramah dan mesej secara berperingkat. Isi ceramah tersebut seperti berikut;

Ceramah Motivasi Untuk Pekerja dan Staf

1. Maruah
Diri
Keluarga
Organisasi

2.Disiplin
Waktu Bekerja- Waktu Masuk. Waktu Berehat , Waktu Pulang Waktu Keluar
Pakaian Seragam/Etika Berpakaian di Pejabat.,
Cuti – Rehat , Sakit , Kecemasan (M.C. tak boleh dipinda).
Cuti on-line (kena pohon)

3. Bertanggung jawab/ Akauntabiliti
Memenuhi Skop Kerja
Keberhasilan – ‘value for money’ , jangan tangguh
Kemukakan Penyelesaian bukan Masalah
Inisiatif

4.Amanah/Kerja Berpasukan
Kesefahaman dan Keserasian
Jujur dan Berterus terang
Hormat
Tekun bekerja
Hindari Sikap Negatif -Cuai, Bodoh Sombong, Iri Hati,Hati Kotor

5. Arahan/Panduan
Patuh Arahan
Arahan Jelas
Maklumat Penting
Kommunikasi

6. Tatatertib/Hukuman (ABB 605)
Amaran
Denda
Lucut Hak Emolumen
Tangguh Pergerakan Gaji
Turun Gaji
Turun Pangkat
Buang Kerja.


7. Anugerah
Pingat Anugerah Cemerlang
Pingat Pekerja Terbaik.

8. Aktiviti

9.Harapan
Pekerja Contoh
Pekerja Cemerlang

Wednesday, May 5, 2010

Mesyuarat Mingguan Pengurusan

Distesen utama memang banyak perkara yang hendak dilakukan. Salah satu pendekatan yang diambil untuk mentadbir organisasi ialah mengadakan mesyuarat mingguan pengurusan. Perkara yang hendak dibincangkan mestilah dibuat deraf dahulu supaya di itemizekan perkara perkara yang perlu. Contohnya saya hendak membuat mesyuarat, senaraikan mengikut prioriti.

Ini adalah senarai contoh nya selepas itu kita akan tengok minit mesyuarat yang lepas.

1. Status Bajet
Kod kod Yang Kritikal

2. Isu-isu keselamatan
Masalah Pengawal Keselamatan
CCTV
Penguatkuasaan tempat letak kereta dan motor
Peralatan –clamping
Kawasan clamping (clamping zone)
Projek projek Luar di MARDI & Pencerobohan
Borang Kepuasan Pelanggan

3. Pentadbiran & Pengurusan
Lapuran Stesen ke Pusat.
Staf Bermasalah Meningkat. Pendekatan Yang di ambil
Cuti Online, Cuti sakit
Masalah tuntutan perubatan
Permintaan penambahan kerja lebihmasa (Minit Mesyuarat (MARDI-
MAEPS)
Pelarasan Permintaan lebihmasa oleh Pusat

4. Landskap dan Keceriaan
Blok J,K
Kompleks UBB
Persediaan untuk MAHA
Pengambilan Semaian RIC
Garden Center
Cadangan Landskap Kawasan Parking VIP, kafetaria
Signage Parkir KP,TKP dan Khas.
Penanaman pokok hutan di tepi kolam PLM
Signage IbuPejabat ke MAEPS-Arahan KP
Pintu Gerbang di Pintu 2- Arahan KP

5. Stesen MARDI Kundang
Pam terus dari kolam sediada
Laporan Kejuruteraan
Lapuran teknikal dan quotation dari ENK BioScience
Kertas kerja berkaitan status stesen ke JOPTA

6. Mesyuarat dengan PTJ -PTJ
Isu isu berbangkit
Perbelanjaan T&T , OT
Ladang /dusun SR masih tak terurus
Rumah SR di petak Biodiversiti
Tanah diminta oleh MA (2hektar)
MAEPS – skit tank akan dibeli dari bajet KJ.

7. Lain-lain
Permintaan pemandu BT, Pusat
Sewaan tanah kosong – taman heliconia, kelapa sawit
Simpanan Buku buku Stesen
Cadangan Galeri Pusat Pengurusan
Penyelegaraan kenderaan berkomputer
Notis sambung sewa kafetaria
Kemajuan Hari Keluarga

0 comments:

Post a Comment