Thursday, October 8, 2015

Pelawat dari OIC

Kami telah menerima lawatan dari Negara2 Islam sprti Mesir, Bangldesh, Senegal  dan lain2 untuk mengetahui sedikit sebanyak kerja2 penyelidikan yag dijalankan.

Sunday, September 27, 2015

Penyelidikan Durian (Bah.2)

Kaedah/Methologi:
Peringkat Vegetatif
Langkah
Aktiviti
Masa/kadar
1
Selepas pengeluaran hasil pemangkasan dijalankan.
Sulur air serta dahan mati di buang. Pembersihan di bawah kanopi
Selepas 15-20 hari
2.
Pembajaan organik                                                                                                                         Pembajaan organic  dijalankan (2-5kg sepokok)                                                                                                                         Pembajaan organic  dijalankan (2-5kg sepokok)
2-5kg/pokok
3.
High  N ( calcium ammonium nitrate ) -akar
Pembajaan foliar  – pengeluaran pucuk muda

1 kg/pokok
4.
Pembajaan dengan high K,P dan TE –daun matang

2 kg/pokok
5.
Penyemburan  hormone pembungaan (Bloom hormone)

6.
 Kawal Pengairan -0.7 bar


Peringkat Reproduktif

7
Semasa pembungaan-penyemburan foliar

8
Semasa pembuahan peringkat kecil-penyemburan foliar

9
Semasa pembuahan peringkat sederhana-penyemburan foliar

10
Semasa pembuahan peringkat matang-penyemburan foliar

Tuesday, September 22, 2015

Penyelidikan Durian (Bah.1)

Sekarang saya di pertanggung jawabkan didalam penyelidikan tanaman durian. Pengeluaran buah durian bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca, status nutrient pada pokok dan tanah, kedapatan air, amalan agronomi serta sifat fisiologi tanaman. Selain dari faktor-faktor  tersebut klon-klon  yang ditanam memainkan peranan yang penting dimana ia memberi respons yang  berbedza  mengikut lokaliti.


Manupulasi terhadap pengeluran buah durian menggunakan beberapa kaedah telah dijalankan melalui penggunaan hormone pembungaan paklobutrazol oleh beberapa saintis  seperti Hasan Mad dan Karim , M.Z ( 1990) serta Rushidah, W.Z,  Abd. Jamil, Z and  Muhamad Zaki, M.N (2006). Kajian mendapati pemberian dos sebanyak  5-10g/ 2 liter air  telah diberikan kepada setiap pokok durian telah mengalakkan pengeluaran bunga  tetapi pembuahannya tidak begitu menjadi.

Secara fisiologi, pengeluaran buah pada tanaman durian adalah bergantung kepada hubungkait diantara ‘source and sink’ (Salakpeth dll, 1992).  Ini bermakna tanaman mesti mempunyai bekalan makanan atau ‘assimilate’ yang mencukupi  untuk pengeluaran pembuangaan diikuti dengan keadaan stress air (Masri,1999; Abdul Razak,dll 2000). Resepi untuk pengeluaran durian di Thailand telah dikeluarkan oleh Subhadrabandhu, S. dan Tongumpai,P.(1990) dimana aktiviti agronomi seperti pemangkasan, pembajaan, pemberian baja foliar serta hormone dan pengairan dijalankan selepas pengeluaran hasil.



Tujuan kajian ini dijalankan untuk mencuba beberapa kaedah terhadap pengeluaran buah durian dibeberapa lokasi  dengan menggunakan resepi  pembajaan dan amalan agronomi untuk melihat samada kesan tersebut memberi impak positif untuk aruhan pembungaan dan pengeluaran buah.

Objektif kajian.

  •  1. Mengkaji samada aruhan pembungaan dan pembuahan durian boleh dilakukan dengan kaedah pembajaan dan amalan agronomi yang tepat.
  • 2.      Mengkaji tindak balas klon-klon durian yang berbedza  didalam lokasi-lokasi tertentu.
  • 3.      Mengkaji ‘crop load’; bilangan buah yang sesuai untuk di’pegang’ pada setiap pokok.





Friday, March 7, 2014

Lawatan Teknikal Ke Brunei Darussalam

Lawatan kali kedua ke Brunei telah dilakukan pada 3 Mac 2014.Tujuan lawatan ini adalah bertujuan menyediakan lapuran  "Inception Report" untuk Master Plan Batang Mitus Fruit Orchard". Beberapa kawasan sediada dan juga kawasan baru dilawati; ini termasuk kampung-kampung dan juga kawasan yang berpotensi unuk di jadikan pengeluaran buah-buahan untu Brunei DS. Status pengeluaran buah-buahan hanya dapat menampung permintaan penduduk sekitar 20% . Tetapi pengeluaran diladang sebenar tidak sampai  kurang 10%. Ini kerana beberapa sebab;

1. Kawasan buah-buahan yang sudah ditanam tidak di jaga dengan baik. Ini termasuk dari segi agronomi dan pengurusan tanaman. Konsep 3 T masih ada iaitu Tanam, Tinggal , Tuai.

2. Kawasan buah-buahan yang ada ditanam dengan  berbagai jenis buah-buahan dimana terdapat 5-6 jenis.

3. Petani kurang arif berkaitan pengurusan tanaman dimana memerlukan pengetahuan dari masa kesemasa.

4. Setiap kawasan rumah/ banglo hendaklah ditanam dengan 1 atau buah-buahan bagi menampong pengeluaran di dusun.

5. Galakkan atau promosi hendaklah dijalankan dari masa ke semasa supaya penduduk lebih mengemari buah-buahan tempatan dengan menambah "added value". Contohnya durian belanda (soursoup) sangat baik untuk mengelakkan cancer  dan juga buah-buahan yang lain.

6. Setiap kampung yang mempunyai kawasan-kawasan buah buah mempunyai ahli-ahli dan ketua dimana dapat membincang pekembangan dusun masing masing di pantau oleh pejabat yang bewajib.

7. Insentif pemulihan seperti bekalan benih, baja , racun rumpai, serangga , peralatan kecil spt pam, mesin rumput, gergaji hendak di sediakan.

8. Outlet pemasaran hendaklah dirancang supaya petani-petani dapat memasarkan hasil produk mereka dan memikirkan cara-cara yang sesuai.

9. Generasi baru  dan belia hendaklah ditanam semangat bahawa berkebun adalah aktiviti yang baik dan mulia dengan menubuh kelab pertanian, rekreasi pertanian dan sebaginya.

10.Promosi di TV menjadi aktiviti menanam pokok buah-buahan untuk anak cucu di masa depan. Tanam hari ini tuai di masa depan.

11. Promosikan produk-produk keluar dengan 'added- value' seperti durian pulu, tarap dan lain dimana dunia luar masih belum mengetahui buah-buahan yang unik dan eksotik dari Brunei DS.

12. Masih banyak boleh di disenaraikan melalui SWOT analysis.

Satu yang saya lihat ialah bangunan -bangunan komersial masih di tulis dengan tulis jawi tidak seperti di Malaysia kecuali Kelantan. Kesibukan trafik masih terkawal. Tidak banyak motosikal, teksi atau bas.Rata rata keadaan terkawal; tidak ramai pekerja asing kecuali expatriate. Pelancong masih berkurangan walaupun kapal terbang penuh dengan penumpang.

Semua masjid bersih dan berhawa dingin, masih kurang jemaah.Ada masjid yang memerlukan landskap yang baik supaya di pandang indah dan ceria dengan menaman bunga-bungaan eksotik dan cantik

Kereta buatan Malaysia sangat kurang (1%) berbanding kereta import. Minyak petrol dan disel masih murah, iaitu 2 kali murah dari Malaysia.

Hukum hudud dan penguat kuasaan akan berjalan pada 1 April 2014. Rakyat telah diberikan penjelasan melalui media massa.



Pemandangan dislah satu tempat komersil di Gadong


  

Sunday, December 15, 2013

Lawatan Ke Dusun Buah-Buahan di Johor

Tidak lama lagi pihak Kerajaan melalui Kementerian Pertanian akan mengeluarkan bantuan semula buah buahan .


Dr. Zainudin bersama Setiausaha Bahagian (SUB) Kem.Pertanian Tn Haji Azini meninjau  dusun buah-buahan di kawasan petani di daerah Muar, Johor di iringi oleh JK Pemulihan Dusun Terpilih  dan  pegawai pertanian daerah.





Tujuan nya ialah 
•Meningkatkan pengeluaran buah-buahan secara bulk, berkualiti tinggi, mencukupi dan dapat memenuhi permintaan pasaran domestik dan eksport
•Melaksanakan pemulihan dusun kepada dusun yang dibangunkan secara tersusun dan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (MyGAP)
•Menggantikan tanaman buah-buahan dengan varieti dan klon yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran global seterusnya mengurangkan lambakan buah-buahan tertentu
•Menyediakan pembajaan dan kawalan perosak dengan lebih terancang
•Meminimumkan kehilangan hasil ladang melalui pengamalan teknologi lepas tuai


Pemandangan salah sebuah jeti nelayan di Parit Jawa, Johor. Disini terdapat gerai-gerai yang masyhur yang menghidangkan asam pedas ikan laut yang begitu lazat sekali.  

Pemandangan Bandar  DiRaja Maharani Johor, sunghuh nyaman sekali . Bandar bersih dan tersusun.

Antara masalah dusun atau kebun buah-buahan ialah:
1.Geran banyak nama
2.Keluasan tanah tidak capai tahap ekonomi
3.Kekurangan modal
4.Pokok-pokok yang sudah tua: 15 – 25 thn
5.Kebanyakan varieti pokok yang ditanam adalah kurang berkualiti
6.Tanaman bercampur – durian, manggis, dokong dll
7.Kurang kepakaran untuk buat cantuman
8.Kekurangan tenaga kerja
9.10.Ketidaktentuan harga dan pasaran

Monday, November 11, 2013

Penulis KPSL MARDI di Raikan

Penulis -penulis untuk buku KPSL ia itu Penyelengaraan Stesen dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat MARDI telah berjaya di terbitkan oleh pihak Sumber Manusia MARDI. Untuk menghargai jasa jasa penulis satu majlis makan di Hotel Equatorial Bangi telah diadakan selain honorarium. 
Buku KPSL ini dikira sangat berguna sebagai rujukan kepada staf-staf sokongan terutama Pembantu dan Penolong Pegawai Penyelidik. Berbanding dengan rujukan terdahulu, rujukan yang ada sekarang lebih terfokus dan mudah di fahami. Pihak MARDI telah menggunakan buku ini didalam pengesahan jawatan staf-staf yang berkaitan. 
Selain itu PTJ-PTJ ada juga menerbitkan buku buku seperti Hortikultur, RIC, Ternakan dan sebagai nya. Syabas diucapkan kepada penulis-penulis yang sekian lama menunggu buku mereka untuk di terbitkan.

Gambar penulis seperti dibawah ini.

Berdiri dari  kiri depan En.Hasbullah Mustafa, En.Abd Rahim (Jurutera), Tn Hj Abd Ghani (Pengarah Pengurusan Stesen) Dr. Zainudin Hj. Meon (Pusat Hortikuktur). Berdiri dari belakang kiri En Mohsin (Timblan Pengurus MARDI Muazam), Tn Hj Azami (Bersara),, Tn Hj  Jamaludin salim (Pengarah Pusat Pemindahan Teknologi). En Jalil (TPS MARDI Seberang Perai ) ,  Dr. Omran Hashim (MARDI Seremban) . Berdiri dari belakang kiri ialah En. Ahmad Shafie (MARDI Linggi) dan En Syawal (Pusat PT)
 

Thursday, October 17, 2013

BERKORBAN PADA HARI RAYA AIDIL ADHA

Pihak MARDI Ibu Pejabat telah melakukan acara korban pada hari raya aidil adha  pada 17hb Oktober 2013 dengan menyembelih sebanyak lapan ekor. Peserta -peserta adalah terdiri dari kakitangan MARDI Ibu Pejabat, MARDI Jelebu, MARDI Jalan Kebun dan Kundang. Acara penyembelihan telah bermula pada 8.30 pagi dan berakhir dengan jamuan makan pada 1.00 tengah hari. Ketua Pengarah MARDI Dato'Sharif Haron telah melawat ke tapak pada 10.00 pagi. Pada hemat beliau acara korban ini hendaklah diadakan pada setiap tahun.Pada dasar nya acara korban ini telah memupuk jiwa untuk bekerjasama, mengeratkan silaratul rahim disamping dapat meningkatkan peribadi untuk tolong menolong diantara satu sama lain. Yang berada menolong yang miskin. Program korban boleh dianggap berjaya pada kali ini dengan adanya penglibatan dari semua  badan-badan NGO di MARDI seperti PKKIM,KEKAM, BKSM, PUSPANITA..
Sebanyak 8 ekor dipilih untuk korban di MARDI Ibu Pejabat.

Gotong royong untuk melapah lembu

Jawatankuasa Pelaksana Penerapan Nilai-Nilai Islam (PNNI) MARDI melalui Badan Kebajikan dan Sukan MARDI (BKSM) serta Badan Gabungan telah mengadakan Majlis Qurban peringkat Ibu Pejabat MARDI bertempat di Kawasan Lapang, Padang Pusat Perkhidmatan Teknikal.

Alhamdulillah, sejumlah 8 ekor lembu telah selamat dikorbankan dan dagingnya telah disedekahkan kepada mereka yang telah terpilih di kalangan kakitangan MARDI dan kepada mereka yang disenaraikan. Oleh itu AJK Pelaksana PNNI, BKSM dan NGO yang bergabung dibawahnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua bantuan tenaga kerja, peralatan dan apa jua yang telah disumbangkan bagi menjayakan majlis ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Imam dan Jawatankuasa Masjid Jamek Qariah Serdang, Pejabat Pusat Pengurusan Stesen,  Pejabat Stesen MARDI Serdang, Pejabat Pusat Perkhidmatan Teknikal serta Pejabat Bahagian Pengurusan Kejuruteraan di atas segala sumbangan dan bantuan yang telah diberikan. 
Adalah diharapkan semoga aktiviti ini mendapat sambutan yang lebih baik lagi di masa hadapan dan penyertaan dari  semua kakitangan akan mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat serta keberkatan dari ALLAH SWT. Sekiranya ada kekurangan dan kelemahan yang berlaku semasa acara ini berlangsung, saya bagi pihak AJK Pelaksana memohon ampun dan maaf seikhlasnya. Segala penyertaan dan kerjasama adalah amat dihargai.

Gambar-gambar seterusnya disini 

Perutusan  PKKIM sempena Aidil Adha disini

0 comments:

Post a Comment