Sunday, June 20, 2010

Hari Keluarga Stesen

Pada 19 Jun 2010, Hari Keluarga (HK)Stesen Serdang telah di adakan dengan jayanya.Seramai 200 orang kakitangan telah mendaftar diri dan membawa keluarga masing-masing ke HK tersebut. Adalah dianggarkan seramai 500-600 orang terdiri ahli keluarga telah hadir.

Datuk Ketua Pengarah telah sudi datang bersama isteri untuk merasmikan HK itu. HK diadakan supaya dapat memupuk silaratulrahim diantara kakitangan dan unit unit. HK ini diambil bahagian oleh 3 sektor ; iaitu Stesen Serdang , Stesen Kundang dan Pusat Pengurusan Stesen.Ia juga dapat membawa anak anak ke MARDI untuk melihat lihat keadaan sekeliling dan bergembira.

Berbagai acara diadakan di Tasik Rekreasi MARDI itu termasuk memancing, membuat wau bulan, memangkas pokok bunga dan treasure. Selain banyak juga sukaneka diadakan.Pihak stesen telah membelanjakan sekian wang untuk memberi hamper sebagai 'door gift' dan juga 20 hadiah misteri. Hadiah misteri telah disumbangkan oleh syarikat syarikat yang membuat perkhidmatan/service di stesen ini.

Sehari sebelum HK diadakan kami juga telah mengadakan jamuan 'barbecue'  dengan kambing, rusa dan ayam. Cuaca sangat cerah pada malam yang diadakan itu.

Pada kesimpulan HK tersebut telah berjaya memupuk silaratulrahim diantara kakitangan dan unit-unit.

No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment