Thursday, July 22, 2010

Seminar Dwi-Mingguan di MARDI

Pada 30hb Julai 2010 giliran ku memberi satu seminar di MARDI. Seminar ini diadakan 2 minggu sekali secara terbuka-ini bermakna semua orang boleh datang mendengarnya.Ia diadakan di Bilik Mesyuarat Direktorat, Ibu Pejabat. Biasanya hanya 20-30 orang akan datang mendengar; tengok topik apa yang dibentangkan. Tujuan seminar diadakan ialah untuk memberitahu apa apa penyelidikan yang dijalankan, perkembangannya serta dapat bertukar tukar fikiran sesama penyelidik.Budaya ilmu sangat penting kerana banyak idea yang ditimbulkan.
Tajuk seminar saya ialah "Dragon Fruit Cultivation in Malaysia:It is  At A Crossroad?". Satu tajuk hangat berkaitan dengan penanaman buah naga di Malaysia. Blog saya yang lebih khusus ialah di http://reddragonfruits.blogspot.com/. Saya seronok menulis di blog tersebut kerana blog ini telah mencapai hampir 20,000 (20K) pelawat dari seluruh dunia.

Saya tidak pandai nak bermadah atau membuat berpuisi tetapi boleh buat pantun sempoi;

"Ikan puyu atas pangkin; Thank you see you again";
Ada galah ada hanfon, ada salah harap ampun"

No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment