Tuesday, November 9, 2010

Mantan Ketua Pengarah MARDI meninggal dunia-Tan Sri Datuk Dr.Yusof Hashim

Tan Sri Yusof dalam kenangan.

Yang Berbahagia Tan Sri dilahirkan di Sg. Ara Pulau Pinang pada 22 Disember 1938. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Penang free School dan kemudian telah lulus Senior Cambridge pada tahun 1956, beliau telah memasuki Kolej Pertanian di Serdang. Beliau mula berkhidmat dengan kerajaan pada bulan jun 1960 sebagai Pembantu Pertanian di Jabatan Pertanian Negeri Johor. Pada tahun 1960-1964 beliau telah berkhidmat di Air Hitam, di daerah kluang dan kemudiannya di daerah Batu Pahat. Pada tahun 1965 beliau ditawarkan biasiswa Ford Foundation untuk melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Beliau telah memperolehi B.Agric Sc. dan M.Sc dari University of Wisconsin pada tahun 1968 dan Ph.D dari University of Illinios pada tahun 1971. Sekembalinya dari Amerika Syarikat, beliau telah menjadi pensyarah di Fakulti Pertanian Universiti Malaya dari tahun 1971 hingga 1973.



Mula berkhidmat dengan MARDI pada 1 mac 1973 sebagai Pegawai Penyelidik, kemudian memegang jawatan Pengarah Bahagian Pembangunan pada tahun 1976. Dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah pada tahun 1979 dan seterusnya menyandang jawatan Ketua Pengarah mulai 1 Jun 1983 hingga 21 Disember 1993.


Di peringakat kebangsaan, beliau dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengelola MARDI, Pengerusi Majlis Sains MARDI, Ahli Lembaga Penyelidikan dan Kemajuan Getah Malaysia, Ahli Pihak Berkuasa RISDA, Ahli Jemaah Universiti Kebangsaan Malaysia, Ahli Majlis Penasihat Tenaga Nuklear, PUSPATI, Ahli Badan Perunding Islam, JPM, Ahli Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kawalan biologi Kebangsaan, Kementerian Pertanian Malaysia, Ahli Majlis Penyelidik dan Kemajuan Sains Negara, Ahli Majlis Industri Buah-buahan Malaysia, Ahli Jawatankuasa Penasihat Program Penyelidik PORIM (1988-1992), Pengerusi Panel Pertanian "Intensification of Research in Priority Areas (IRPA)", Kementerian Sains, Teknologi & Alam Sekitar, Ahli lembaga Koko Malaysia dan sebagai fellow MIER. Pernah menjadi presiden Kelab Rotary Kajang, Naib Presiden AIM dan Presiden Alumni UPM.


Diperingkat antarabangsa beliau ialah Ahli Majlis " Australian Centre for International Agricultur Research (ACIAR), Canberra, Australia (1984-1990), Ahli "Technical Advisory Committe of the ESCAP Regional Coordination Centre for Research and Development of Coarse grains, Pulses, roots and tuber Crops in the Humid Tropics", Bogor, indonesia (1989 - 1993), Pengerusi " Asia Pacific Association for Agricultural Research Instituation " FAO, Bangkok (1991 - 1992), Ahli Lembaga " International Service for National Agricultural Research (ISNAR)', The Hague, the Netherlands sejak 1991.


Dianugerahkan Kesatria Mangku Negara - KMN (1979), Johan Mangku Negara - JMN (1987), Dato' Paduka Mahkota Terengganu - DPMT (1988) dan Panglima Setia Mahkota - PSM (1992) dan Anugerah Pencapaian Seumur Hidup MARDI (2010).


Telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Seri Zaleha bt Musa dan dikurniakan dua orang anak.

No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment