Sunday, December 5, 2010

MAHA 2010 Cemerlang

Nampak nya pengunjung tak habis habis datang ke MAHA International semalam, tercatit sehingga 2 Juta orang.Syabas di ucapkan terutama kepada MARDI yang bertungkus lumus untuk menjayakan acara dwi tahunan itu.Cuma yang kami musykilkan sektor pertanian terutama nya penyelidikan sangat sedikit mendapat bajet  lebih kurang 30.4Juta untuk 2 tahun didalam  RMK -10 . Apa dah jadi...sedangkan  tonggak kemajuan pertanian negara digalas oleh MARDI. Kalau kita pergi melihat gerai gerai yang mempamerkan teknologi tidak satu pun boleh tandingi MARDI!. Itu satu realiti. Booth atau gerai yang lain banyak menunjukkan perkhidmatan atau  'services' yang mungkin orang ramai telah tahu.

Pembangunan usahawan nampak sangat bagus sekali. Kemajuan yang dapat lihat ialah didalam sektor pemakanan, cuma mereka ini mesti di pimpin kearah yang lebih strategik lagi seperti mendapat sijil HACCP, MAQ dan lain lain.

Tetapi, apa yang kurang enak dirasakan ialah harga makanan yang terlalu tinggi, tak berbaloi dengan nilai nya. Lain kali bagi orang lain peluang untuk merasa keuntungan berlipat ganda.

Berita ...

SERDANG: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) semalam melancarkan kamus pertanian pertama, Agronomi serta empat lagi buku berkaitan bidang itu. Selain kamus berkenaan, buku penyelidikan membabitkan MARDI (Three Decades of Archievement in Research and Development-Supplement); buku maklumat mengenai sumber genetik durian (Durio of Malaysia); buku industri buah-buahan (Potensi dan Strategi Pemasaran Buah-Buahan Terpilih) dan buku panduan pertanian (Kajian produktiviti dan Kecekapan Sektor pertanian dan Industri pemprosesan Makanan terpilih). Semua buku ditawarkan pada harga potongan sebanyak 30 peratus sempena Pameran Antarabangsa dan Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2010.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong melancarkan lima buku penyelidikan dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MARDI dengan tiga syarikat swasta, Nizo Food Research, Sime Darby Research Sdn Bhd dan Falcon Livestock dalam bidang ternakan, biji benih, bioteknologi dan sekuriti makanan.


Tee Yong berkata, amalan pertanian moden melalui inovasi dan teknologi terkini akan meningkatkan pengeluaran tanaman, menghasilkan produk berkualiti tinggi dan menjana pertumbuhan pendapatan negara.


“Hasil produktiviti seperti susu dan daging dapat ditingkatkan sehingga 40 peratus menerusi kerjasama swasta. Kesesuaian penyelidikan berpotensi tinggi bagi mencapai hasrat petani dan penternak meningkatkan pendapatan,” katanya.


Sementara itu, MAHA semalam turut menerima kunjungan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meminta petani manfaatkan kemajuan tanaman padi menerusi penghasilan dua benih baru, variasi MR253 dan MR263.

Beliau berkata, inisiatif penyelidikan MARDI itu memberi nilai tambah kepada industri pertanian negara untuk manfaat petani.
“Kita perlu bersedia sekiranya berlaku bencana alam disebabkan perubahan cuaca sehingga menimbulkan masalah bekalan makanan.
“Sehingga ini, tiada kawasan di Malaysia yang tidak boleh diusahakan padi dan petani seharusnya mengaplikasikan hasil penyelidikan MARDI,” katanya.
Mengulas cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalankan aktiviti pertanian di luar negara bagi menampung bekalan, beliau memuji usaha itu kerana ia mampu memastikan bekalan mencukupi selain berkongsi teknologi dan kepakaran bersama negara luar.

Lain lain berita disini .

No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment