Monday, June 22, 2009

Tanggung Jawab Sebagai Pengurus

Diskripsi Kerja Secara Generik

Memberi kepimpinan secara menyeluruh didalam mengurus urusan-urusan berhubung fungsi stesen yang dipertanggungjawabkan mengikut sasaran prestasi piawai yang telah ditetapkan oleh Institut.


Tugas Dan TanggungJawab Utama

1. Membangunkan perancangan keseluruhan (strategik dan operasi) di Stesen.

2. Memperolehi dan menguruskan sumber-sumber berkualiti bagi melaksanakan aktiviti program yang dipertanggungjawabkan berasaskan kepada perancangan yang telah disediakan oleh Stesen.

3. Merancang dan melaksanakan pembangunan keupayaan sumber manusia (kepakaran dan kemahiran) melalui pembelajaran berterusan di Stesen secara keseluruhan.

4. Melaksanakan langkah-langkah kawalan yang berkenaan bagi memastikan urusan perancangan dan perlaksanaan aktiviti program di Stesen menepati piawaian sasaran prestasi yang diperlukan oleh Institut.

5. Mewujudkan dan membangunkan serta memperkukuhkan perkongsian bijak dengan organisasi luaran dan dalaman berhubung urusan di Stesen.

6. Memberi input dalam pengwujudan arahtuju strategic serta menggalakkan peningkatan kualiti dan keunggulan output di Stesen.

7. Melaksanakan arahan daripada pengurusan atasan Institut berdasarkan skop mandat fungsi organisasi dari masa ke semasa.

Tugas sebagai pengurus mengambil 70% masa tugas dan selebihnya 30% sebagai pegawai penyelidik.

Tugas Sebagai Pegawai Penyelidik

Mengurus pembiayaan projek penyelidikan secara bida, top-down dan antara bangsa.

1.Mencadangkan penyelidikan.

2.Melaksanakan penyelidikan dan inovasi

3.Mengurus sumber (kewangan dan fizikal)

4.Mengurus sumber manusia

5. Mempromosi,memindah, dan mengkomersilkan teknologi (TOT)

6.Membangunkan perniagaan.

No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment