Wednesday, December 16, 2009

Ucapan Pembukaan Kursus Lalulintas

TEKS UCAPAN SEMPENA KURSUS LALU LINTAS PEGAWAI KESELAMATAN MARDI OLEH PENGURUS STESEN IBU PEJABAT MARDI (9hb Disember 2009)


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang di Muliakan Pegawai Trafik PDRM, IPD Serdang

Timbalan Pengurus Stesen


Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,


PENDAHULUAN


1. Terlebih dahulu sama-samalah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita semua sekali lagi berkumpul di dewan ini untuk bersama-sama menjayakan satu kursus lalu lintas untuk pegawai keselamatan di Ibu Pejabat MARDI pada tahun ini.


2. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia Bahagian Trafik Serdang, diatas kehadiran mereka untuk menyempurnakan kursus ini yang diadakan sebanyak dua siri.


3. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan sepatah dua kata dan berkongsi maklumat berkaitan kursus lalulintas ini supaya dapat dijalankan dan di laksanakan dengan jayanya.

PENGENALAN

Tuan-tuan;

Dengan pertambahan pegawai dan kakitangan MARDI dari tahun demi tahun, begitu juga jumlah kenderaan bertambah. Ini boleh dilihat pergerakan lalulintas yang ada samada didalam dan diluar MARDI. Tambahan pula dengan siapnya jalan Persiaran MARDI-UPM lalu tarfik semakin sibuk dan juga berisiko tinggi kemungkinan terbabit dengan kemalangan jalan raya.

Begitu juga, saban tahun di MARDI ada banyak acara atau ‘events’ bulanan atau tahunan, peningkatan drastik terhadap bilangan kenderaan yang keluar –masuk ke kawasan MARDI dan sekitarnya. Perkara ini menuntut pengawalan dan keselamatan trafik yang berkesan dan sempurna kepada pengguna.

Menyedari hakikat ini, pihak Pengurusan stesen telah diarahkan oleh Pengurusan Atasan Institut supaya pengawal keselamatan membuat kawalan trafik secara berkala khususnya waktu puncak iaitu a) 7.15-8.30 pagi;b)1.00 tgh -2.30 ptg dan c)4.45 ptg – 5.30 ptg. Lanjutan dari arahan inilah kursus ini diadakan.



Dalam tiga tahun kebelakangan ini;direkodkan kes kemalangan yang tertinggi termasuk kemalangan maut. Adalah dijangkan kursus ini akan dapat menyediakan petugas keseselamatan yang kompeten seterusnya dapat mengurangkan kemalangan samada didalam atau diluar MARDI.

Sehubungan dengan ini juga pihak MARDI amat prihatin terhadap peraturan letak kereta yang maih tidak dipatuhi.Adalah dijangkakan dengan sebanyak sedikit ilmu yang didapati dapat menguatkuasa peraturan letak kereta seperti mana yang diarahkan oleh pihak MARDI.

TUJUAN/MATLAMAT

Kursus ini bertujuan mendedahkan mereka kepada tatacara, kaedah, peraturan, kemahiran dan tindakan yang perlu diketahui dalam mengendalikan kawalan trafik supaya berkeyakinan dalam menjalankan tugasan.

Selain itu dapat meningkat peningkatan asas berkaitan keselamatan lalulintas pegawal keselamatan dapat meningkatkan ketrampilan diri serta dapat menjalankan pengurusan trafik dengan berkesan.Pendek kata mereka ini boleh menjalankan tugas dengan lebih berkeyakinan dan berkesan dengan pengetahuan/ ilmu yang perolehi.



SINOPSIS KURSUS

Tuan/tuan;

Kursus ini telah disusun dengan sedemikian rupa bagi memastikan setiap paengawal keselamatan dapat ilmu yang mencukupi.

Methodologi kursus telah di lengkap dengan ceramah oleh pegawai yang competen, latihan amali, sessi soal jawab dan penilaian kursus. Kemungkinan kita akan keluar sijil jika ada kesempatan.



HARAPAN

Saya berharap tuan-tuan dapat memberi sepenuh perhatian kepada kursus ini yang saya sangat penting bagi memantapkan perjalanan trafik di MARDI.


Saya yakin tuan-tuan boleh menjalankan tugas ini dalam masa terdekat setelah mendapat tunjuk ajar dari pihak Polis Cawangan Trafik nanti .

Tunjukkan semangat professionalisme dan kewibaan tuan –tuan apabila menjalankan tugas serta dapat menjadi contoh kepada agensi-agensi lain.


PENUTUP

Sebelum di tutup dan merasmikan kursus ini ingin saya sampaikan dua rangkap pantun;

Pemanis kata selamat datang;
Awal Bismillah pembuka bicara;
Tuan umpama bintang cemerlang;
Mencurah ilmu menabur jasa;

Mengkudu ditanam yang tumbuh selasih;
Dingin disirami air dikali;
Diringi ucapan terima kasih;
Pakar berbudi kami hargai.

Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak dan dengan lafaz “Bismillahir Rahman nir Rahim’ saya merasmikan kursus ini.


Sekian.


Wabillahi taufiq, walhidayah wassalammualaiukum warahmatullah hiwabarakatuh.

No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment